Jumaat, 9 September 2011

Syarikat Telekomunikasi, Pengguna Perlu Bayar Caj Perkhidmatan 6 peratus

Mulai 15 September tiga syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia akan mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 6 peratus kepada sebanyak 26.2 juta pelanggan telefon mudah alih prabayar di negara kita ini. Syarikat tersebut adalah syarikat Celcom (Xpax), Digi dan Maxis (Hotlink). Untuk keterangan lanjut sila ikuti entri ini. Media Archive: Important Announcement to all mobile

Ini bermakna sekiranya anda membayar RM 10 untuk bayaran prepaid, anda terpaksa membayar RM 0.60 untuk servis tax. Kalau RM 50 servis tax akan menjadi RM 3...! Mahalnya... keadaan ini amat membebankan pengguna. Setiausaha Agong PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) Datuk Dr. Maamor Bin Osman sendiri dalam kenyataan beliau mengatakan caj tersebut akan membebankan pengguna memandangkan sudah terlalu banyak caj yang dikenakan termasuk caj panggilan yang tidak dijawab. " Sepatutnya jika peningkatan jumlah pengguna, kos perkhidmatan hendaklah dikurangkan.

Presiden MACFEA, Prof, Dr. Jariah Masud dalam kenyataannya menyebutkan, Syarikat Telekomunikasi perlu mengadakan pertemuan dengan pihak kerajaan sebelum mengenakan sebarang cukai kepada pengguna. Ini kerana kebanyakkan pengguna adalah dari kalangan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Apakah reaksi anda...?

Ahad, 4 September 2011

Takziah Kepada Keluarga Noramfaizul Mohd Noor

Ucapan takziah dikirimkan kepada keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Noor, wartawan/jurufoto  BERNAMA  yang terkorban dalam serangan ke atas delegasi Kemanusiaan Di Somalia. Difahamkan serangan tersebut sememangnya sengaja di sasarkan kepada delegasi Malaysia sehingga terkorbannya Allahyarham dan seorang jurufoto TV3 cedera. Mudah-mudahan roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para syuhada'. Amin... Ya Rabbal Alamin....