Jumaat, 26 Ogos 2011

Kemeriahan Malam-Malam Menjelang Hari Raya














Keheningan malam 10 terakhir ramadhan biasanya akan dimeriahkan dengan hilai tawa kanak-kanak yang bermain mercun dan bunga api. Anak-anak aku juga tidak ketinggalan.

Khamis, 25 Ogos 2011

Saya Join Cabutan Bertuah Kaspersky 2012



Contest : Cabutan Bertuah Kaspersky 2012 

Bloger http://codekasper.blogspot.com sedang menganjurkan cabutan bertuah kaspersky 2012 kerana sokongan dari ramai bloger yang menyokong blog dan membeli produk beliau. Untuk keterangan lanjut lihat entri link (kalau jadi la link aku nih, sbb baru belajar) di bawah atau taip je la sendiri address di atas tadi.
http://codekasper.blogspot.com

Korang try la memeriahkan lagi entri beliau.

If The Beloved (Muhammad SAW) Is Among Us / Seandainya Yang Tercinta (Muhammad SAW) Masih bersama kita

If The Beloved is among us,
Those far and near will come before him,
Hoping to see the sun of goodness before it sets,
Desiring to be near him,

In his company the soul feels great,
If he prays, Allah will surely answer,
The light of  TAHA will not cease to exist,
Oh who answer the prayers, please fulfill our hope to meet him,

I am willing to sacrifice my life for you Oh Beloved,
Muhammad honor of stranger, 
In his company the soul feels great, 
Oh mercy of the world.


Ya Rasulullah, kami rindu padamu.......

Selasa, 23 Ogos 2011

لو كان بيننا رسولنا محمد صلى الله عليه وسلم

Baru-baru ni saya berkesempatan menonton di TV ALHIJRAH satu rancangan yang lain dari yang lain. Lebih kurang rancangan realiti tv, macam bang bang boom pun ada. Tetapi lebih berunsur dakwah. Tajuknya sahaja sudah membuat hati-hati merasa syahdu. "لو كان بيننا محمد صلى الله  عليه وسلم ". Maksudnya " Andainya Nabi Muhammad SAW bersama kita".Sila lihat video di bawah:(al-hamdulillah dapat yang ada subtitle)
Tersentuh betul rasa hati apabila melihat realiti walau dalam masyarakat arab sendiri apabila diwawancara tiada seorang pun yang menyebut nama Rasulullah SAW. Begitulah umat Muhammad hari ini yang mengakui baginda sebagai Rasul tapi tiada rasa sayang pada baginda. Walaubagaimanapun bukanlah semua. Lihat video di bawah ini:

Saya juga turut hendak menangis melihatkan video ini. Kita sebagai ummat Muhammad menjadi impian kita untuk berjumpa baginda samada dalam mimpi mahupun jaga. Tapi satu persoalan yang perlu kita tanya pada diri kita sendiri. Apa yang akan kita ucapkan kepada Rasulullah SAW sekiranya baginda datang berjumpa kita?...... Aku termenung memikirkannya... Anda bagaimana?

Isnin, 22 Ogos 2011

Deko-Deko Raya... Sendiri Bikin

Hari Raya Aidilfitri semakin hampir. Aku juga tidak ketinggalan menaik taraf atau bahasa orang sekarang mendekorasikan rumah aku. Tp xde ape pun yang aku tambah. Tukar cat jek. Lagipun dah 2007 aku pindah inilah pertama kali teratakku bertukar warna. Dari dinding dalam kedinding luar terus kegril dan pagar.Bilik je aku sempat buat.

 Dalam
  sebelum 
selepas

Boleh tahan juga mengecat bulan puasa ni. Bila la nak buka agaknya.

Ahad, 21 Ogos 2011

Tukar Templet

Disebabkan templet sebelum ini sama dengan bloger yang lain, maka sebagai menghormati bloger tersebut maka aku tukar la templet yang baru. Not Bad... cantik jugak tul x.

Dah dapat jam widget..

Alhamdulillah... susah payah meneroka..  akhirnya dapat juga masukkan jam widget.. Thanks to http://www.al-habib.info/islamic-clock untuk for the nice clock dan http://beritacrawlerz.com/ kerana tunjuk ajar untuk memasukkan widget.

Saya Budak Baru Belajar, Kalau Salah Tolong Tunjukkan

Bila aku tahu rupanya ramai rakan-rakan malahan anak-anak murid aku sendiri dah ada blog, rasa terkesima sekejap. Rupanya aku dah ketinggalan jauh dari diorang. Segan plak nak publish blog yang ntah apa-apa ni. Ah... kalau baru belajar buat macam budak baru belajar. Kalau kat sek dulu baru masuk kena lalui minggu oreantasi dulu, kena raging dulu. Dalam dunia maya blog ni ada macam tu ke? xde kot. So thanks guyz for d support. Terbaeeeek.

Dalam entri ni aku buat satu lagi yg aku baru belajar. Macammana nak masukkan pautan. Clik key video, copy paste url yang dihajati dan buat macam biasa. Jadi x ek...