Khamis, 16 Februari 2012

FOREX HARAM....!



Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini mengumumkan bahawa perniagaan FOREX adalah haram. Tan Sri Dr Hukur Husin berkata perniagaan ini banyak menimbulkan keraguan dan tidak menepati syarak. 

" Perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing melalui spekulasi mata wang adalah bercanggah dengan hukum Islam. Oleh yang demikian Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam dalah diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan ini". Katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke- 98 baru-baru ini.

"Walaubagaimanapun mana-mana jenis perniagaan tukaran wang asing seperti pengurup wang atau dari bank ke bank adalah harus dan dibenarkan.Ini kerana ianya (perniagaan tukaran wang asing) tidak melibatkan spekulasi mata wang  dan melibatkan untung rugi yang tidak menentu." katanya lagi.

Kalau difikirkan semula memang main forex ni lebih kurang macam main judi gak. Kalau judi letak duit, teka mana yang agak-agak boleh menang kemudian bertaruh. Kalah menang bergantung pada nasib. Forex plak letak duit atas mata wang tertentu, tunggu spekulasi lepas tu dan jual balik bila spekulasi mata wang tinggi. Untung rugi bergantung kepada nasib. Kalau mata wang tu jatuh maka sehingga menyebabkan kekurangan modal kena tambah balik. Kalau tidak x bolah main dah.Rugi dah tentu rugi. tambah modal lagi, rugi lagi. Agaknya disebabkan itu forex ni di haramkan.

Kalau tak silap mana yang merah tu maknanya mata spekulasi mata wang yang jatuh. 
Kalau kita dah letak duit kat tanda merah tu maknanya rugi la tu.

Nasib baik la aku tidak terjebak dalam forex ni. Kalau tidak dah nak masuk dulu. Siap belajar lagi macamana nak main benda ni. Alhamdulillah Allah jauhkan aku dari benda-benda macam ni.

Rabu, 15 Februari 2012

Ada Apa Dengan Februari


Bila masuk sahaja bulan Februari, apa yang terbayang di dalam kebanyakkan orang kita hanyalah Hari Valentine. Bahkan anak-anak murid saya yang seawal darjah 4 dan 5 sudah mengenal apa itu Hari Valentine sekalipun mereka belum faham apa maksud perkataan itu. Itu menunjukkan secara tidak sedar kita terdedah kepada momokkan  kemasyhuran hari tersebut (kononnya). Di dalam kalender  pun telah ditanda 14 Feb sebagai Hari Valentine. Kalau sebelum ni di kaca tv ada segmen khas selama seminggu untuk Valentine.Walaubagaimanapun setelah difatwakan sebagai haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan program tv seumpama itu telah dimansuhkan. 

Jelas merayakan Hari Valentine adalah haram disisi Islam kerana pertamanya ia bukan perayaan orang Islam. Malahan ianya akan membawa kepada pergaulan bebas antara lelaki perempuan yang hanya membawa ke lembah maksiat. Ramai rakan-rakan dari Pegawai Penguatkuasa Agama JAIS dan Polis menyatakan bahawa kejadian buang bayi semakin menjadi setiap 9 bulan selepas bulan Februari. Sampaikan sekiranya ada sebarang berita tentang buang anak atau sebagainya sekitar bulan November dan Disember maka sangkaan mereka " Ini anak hari Valentine la ni".


Sudah terang lagikan bersuluh bahawa merayakan hari tersebut hanya akan merugikan kita sebagai umat Islam. Dari satu sudut yang lain merayakannya juga boleh membawa kepada jatuhnya aqidah seseorang. Ini kerana dari sudut sejarah perkataan Valentine berasal dari nama seorang paderi yang bernama Saint Valentine yang disalib oleh kerajaan Rom Purba kerana menentang Raja mereka yang mengharamkan perkahwinan. Paderi tersebut disalib  pada 14 Februari . Untuk memperingati peristiwa itu maka tarikh tersebut di kenang sebagai Hari Valentine sebelum bertukar kepada Hari Kekasih mungkin kerana peredaran zaman. Perlu juga diingat dikalangan orang Kristian sendiri masih ada yang tidak merayakan hari tersebut kerana dalam agama mereka juga terdapat khilaf tentang kebenarannya. 

Dalam pada itu ada peristiwa penting lain yang perlu kita kenang apabila masuk bulan Februari. Yang paling penting pada tarikh tersebutlah tumbangnya kerajaan Islam Cordova di Sepanyol, Kerajaan Islam yang terkuat di Eropah satu ketika dulu. Menurut ceritanya semua umat Islam pada ketika itu diperlakukan dengan zalim. Kanak-kanak dan orang tua dibunuh, wanita diperkosa. Sehinggakan jalan-jalan sekitar bandar penuh dengan banjiran darah merah orang Islam. Sehinggakan memercik darah ketika dipijak oleh kuda. Itu yang sepatutnya kita kenang.


Jangan juga kita lupa bahawa pada tarikh 14 Februari juga tarikh jatuhnya tanah melayu di tangan jepun dalam perang dunia ke 2 apabila tumbangnya kubu kuat terakhir di Bukit Chandu sehingga terkorbannya Leftenan Muda Adnnan Saidi. Badannya digantung dengan kepala ke bawah dan ditikam bertubi-tubi oleh benet askar Jepun. Itu yang sepatutnya kita ingat di bulan Februari.

Satu lagi peristiwa ialah peristiwa Bukit Kepong pada 23 Februari. Bagaimana Polis Melayu di bunuh bersama anak isteri mereka. Anggota polis yang tercedera dimasukkan ke dalam api yang sedang marak membakar Balai Polis Bukit Kepong. Itu sepatutnya yang perlu kita ingat.



Kesimpulannya terpulanglah kepada kita untuk memilih yang mana lebih utama untuk diperingati. Tepuk dada tanyalah Iman....