Isnin, 26 Mac 2012

Hari Yang Menenangkan......

Baru-baru pada cuti sekolah yang lalu kami sekeluarga bersiar-siar di Taman Tasik Shah Alam. Hajat hati nak ke tempat yang lebih jauh. Tapi ek kerana kekangan masa disebabkan kerja maka terpaksalah pendamkan dulu hasrat nak melancong lebih jauh. Lagipun safe le bajet sikit he he he. Nak tau kami buat apa?

Ha.... kami bagi ikan makan di Taman Tasik Shah Alam. Best gak. Bukan takat ikan yang makan, kura-kura pun makan jugak.



Rasa damai dan tenang dapat meluangkan masa bersama dengan isteri dan anak-anak bersiar-siar sambil bagi makan ikan. Anda juga patut cuba kalau ada masa singkat terluang dan tak tau nak pergi kemana.