Sabtu, 30 Mac 2013

Majlis Pengijazahan Kursus Perubatan Darussyifa' kumpulan ke 24

20 Januari 2013, IPGM Bangi.

Saya telah berpeluang untuk hadir ke Majlis Pengijazahan Kursus Perubatan Darussyifa' pada 20 Januari 2013 yang lalu.( Dah lama dah, tu la, sibuk sangat, berita pun dah nak basi. he he he) Sebenarnya saya menghantar bapa saya yang turut sama mendapat pengijazahan dari Institusi Darussyifa', Intitusi Perubatan Islam yang popular di Malaysia ni.

Majlis Pengijazahan itu berlangsung di Institut Pendidikan Guru Malaysia IPG di Bandar Baru Bangi Selangor Darul Ehsan. (Dahulunya Maktab Perguruan Islam MPI Bangi). Majlis disempurnakan oleh pengasas Darussyifa' itu sendiri iaitu Yang Berbahagia Tuan Guru Dato' Dr. Haji Haron Din. 


Melihatkan majlis yang sedemikian rupa, saya jadi kagum. Majlis pengijazahannya di urus seperti majlis konvokesyen di universiti. Seramai 345 orang telah diberikan Ijazah Perubatan Darussyifa' pada majlis tersebut. Majlis dimulai dengan raptai ringkas sebelum ucapan dan pengijazahan oleh Yg Bhg Tuan Guru. 




Berbeza dari majlis konvokesyen biasa peserta-peserta yang menerima ijazah perubatan ini memakai jubah dan kopiah putih sahaja. Dalam Ucapannya Tuan Guru menegaskan kepada penuntut-penuntut Darussyifa' agar ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab disamping tidak mengejar keuntungan ketika merawat pesakit. Keredhaan Allah itu yang lebih penting dari habuan dunia yang sedikit dan sementara.Ini kerana menurut beliau, Institusi Darussyifa' dibina atas dasar keikhlasan untuk membantu mereka yang memerlukan. Yang paling utama ialah usaha dakwah ketika merawat itu agar pesakit redha dengan penyakit yang dihidapi dan memahami sihat dan sakit itu datang hanya dari Allah swt.

Terdapat juga rakan-rakan lama saya yang turut sama menerima ijazah dari Tuan Guru,termasuk juga penuntut wanita. Majlis turut dihadiri oleh Wakil dari Institusi Perubatan Darussalam (Institusi yang diasaskan oleh Yg Bhg Dato' Hj. Ismail Kamus), dan juga Pengerusi Gabungan Pengamal Kaedah Rawatan Islam dan juga pengacara rancangan Al-Kulliyah TV3 Ustaz Fauzi Mustafa.

Semoga usaha ini akan sentiasa berterusan dan istiqamah. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Institusi Darussyifa'.







Dah lama x blogging... sibuknya la..

Lama dah tak tulis blog ni.. Tak taulah.. sibuk sangat rasanya. Dengan kerja, dengan keluarga. Bila sampai waktu malam nak tulis blog, penat sangat rasanya. Akhirnya terus tidur... he he he.. Tak pe.. lepas ni cuba aktif balik.