Rabu, 26 September 2012

Wordless Wednesday... Gambaran Titian Sirat...


Book Review: Kaedah Mendidik Isteri Dan Anak

Buku yang nak saya kongsikan dalam entry kali ini ialah sebuah buku terbitan Telaga Biru Sdn Bhd  iaitu buku KAEDAH MENDIDIK ISTERI DAN ANAK.  


 Buku ini ditulis oleh Ustaz Abdul Rahman Mohamed, seorang penulis berwibawa yang juga pernah menggemparkan Malaysia dengan bukunya Pelik Tapi Benar Dalam Solat.


Beliau yang berasal dari Singapura dalah pemegang ijazah Sarjana Syariah di Univesiti Madinah al-Munawwarah dan merupakan Pengarah Urusan Syarikat Fiqh Consultancy Services. 

Buku ini secara umumnya menjelaskan peranan suami dalam mencorak rumahtangga dan mendidik keluarga menjadi muslim yang sejati. Buku ini juga mengupas dengan jelas kuasa suami sebagai ketua dalam menangani masalah rumahtangga dan sejauhmana pendekatan merotan itu boleh dipraktikkan dalam rumatangga serta cara yang sesuai dalam melaksanakan hukuman merotan.

Ada para suami yang menganggap pendekatan kekerasan atau dengan kata lain memukul itu merupakan hak mereka dalam membentuk rumahtangga memandangkan mereka adalah pemimpin dalam rumahtangga. Tetapi mereka lupa pendekatan kasih sayang itu lebih penting dalam memupuk kerukunan rumahtangga. Nabi S.A.W sendiri pernah mengatakan bahawa baginda merupakan orang yang paling lemah lembut kepada isteri-isterinya. 

Bagi menjelaskan lagi perkara tersebut buku ini dilihat amat sesuai dalam merungkai hak-hak suami dan isteri serta anak-anak. Buku ini juga dihiasi dengan ilustrasi yang menarik serta bertepatan dengan tajuk-tajuk yang dibincangkan. Tahniah kepada penulis buku ini. 

Selasa, 25 September 2012

Book Review: Travel Photography

Dah lama tak menulis dalam blog ni. Rasanya dari Hari Raya Aidilfitri yang lepas. Sebenarnya ada banyak kekangan kerja, jadi tak nak menulis di blog ini. So hari ini ada kesempatan sikit, saya nak up entry pasal review buku.


Buku pilihan saya kali ini ialah sebuah buku terbitan PTS NetMedia Sdn. Bhd yang berjudul TRAVEL PHOTOGRAPHY.

Buku ini adalah pengenalan mudah bagi mereka yang minat dalam bidang fotografi. Di dalamnya terdapat beberapa info dan tips mudah dalam mengambil gambar steady mahupun street fotografi. Di terangkan juga beberapa fungsi mudah dalam dslr dan cara mengedit foto di software.

Ringkasnya buku ini amat sesuai bagi mereka yang baru mula berjinak-jinak dengan bidang fotografi.