Isnin, 23 Julai 2012

Marhaban Yan Ramadhan...


Syukur ke hadrat ilahi kerana kerana diberi kesempatan bertemu dengan Ranadhan lagi tahun ini setelah Ia pergi setahun yang lalu. Mudah-mudahan kita dapat menjalani Madrasah Ramadhan ini lebih baik dari tahun lepas dan tahun sebelum-sebelumnya.

Sebagaimana maksud Firman Allah dalam surah al-Baqarah 183:
"Wahai orang-orang yang beriman, difardhukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana difardhukan ke atas ornag-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa."

Puasa telah difardhukan kepada kita hanya pada tahun kedua hijrah. Bermakna ianya diwajibkan selepas nabi berhijrah. Hikmahnya ketika ini umat Islam telah semakin dekat kepada Allah SWT, dan puasa merupakan ibadah yang paling sesuai selepas solat bagi mereka sentiasa mendekatkan diri sengan Allah SWT berbanding sebelum hijrah yang mana mereka hidup penuh dalam ketakutan kerana ancaman dari kaum Quraisy Makkah.

Puasa juga sebenarnya difadhukan ke atas umat-umat terdahulu seperti umat Nabi Isa dan Nabi Musa. Nabi Musa as sendiri ketika hendak menerima wahyu diperintahkan agar berpuasa selama 30 hari. Disebabkan pada hari ke 30 Nabi Musa berbuka, baginda malu untuk menghadap tuhan dan bercakap dengannya di Bukit Tursina dalam keadaan mulutnya yang berbau kerana puasa, maka baginda membersihkan mulutnya. Perbuatan baginda itu ditegur oleh Allah SWT dengan mengatakan bahawa bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi disisiNya dari segala wangian di dalam dunia. Maka disebabkan itu Allah memerintahkan Nabi melanjutkan lagi puasa selama 10 hari menjadikan genap puasa Nabi Musa 40 hari. Maka puasa itu telah diikuti oleh orang-orang yahudi ketika itu. 

Ada juga riwayat yang mengatakan puasa umat terdahulu adalah selama 23 jam manakala 1 jam lagi untuk berbuka. Oleh kerana itu puasa orang-orang yahudi tidak ada sahur seperti kita. Itu jugalah yang membezakan puasa antara orang Islam dan Yahudi.

Tahun ini difahamkan puasa kita di Malaysia adalah selama 13 jam lebih kurang, manakala puasa di semenanjung Arab lebih mencabar kerana waktu puasanya adalah selama 15 jam. Tapi ada lagi puasa yang lebih mencabar iaitu puasa di eropah yang mana waktu siang mereka menjangkau hingga 18 jam. Walau dimanapun kita berada Ibadah Puasa tetap wajib kita laksanakan selagi kita terlakluk kepada syarat-syaratnya. Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua yang membaca blog ini. Ramadhan Karim Al-Mubaraq.