Sabtu, 11 Ogos 2012

Perbandingan Nikmat Dunia dan Akhirat

Diakhir-akhir Ramadhan ini tentunya kita sentiasa sibuk dengan persiapan nak menyambut hari raya yang bakal tiba kurang seminggu sahaja lagi. Tidak kira yang tua mahupun yang muda. Ibubapa sibuk membuat persiapan anak-anak dan keluarga. Anak-anak sibuk pula dengan persiapan sendiri sambil menghitung hari menanti syawal yang bakal tiba. Remaja pula sibuk dengan perancangan itu dan ini bersama dengan kawan-kawan dan juga teman istimewa mereka sehingga ada yang melupakan ibubapa. 


Lihat sahaja di pasaraya besar mahupun di pekan-pekan kecil, di shoping kompleks mahupun kedai runcit. Semuanya penuh dengan himpunan raksasa untuk satu tujuan, menyediakan persiapan untuk hari raya. Saya juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Sehingga terfikir di hati kecil ini, agaknya kalaulah raya ditunda lagi seminggu agak-agaknya berkurangan tak bilangan manusia yang berhimpun di pasaraya sperti sekarang ini. Saya yakin dan pasti jawapannya ialah tidak akan berkurang, malahan semakin bertambah kerana pastinya ada sahaja yang tidak lengkap untuk persiapan manyambut hari lebaran. 





Tapi dalam kesibukan dunia yang fana ini jangalah kita lupakan peluang merebut keistimewaan 10 terakhir Ramadhan. Mudah-mudahan dengan amalan kita di sepuluh terakhir Ramadhan ini akan memberikan keberkatan kepada kita. Nikmat dunia ini hanyalah sedikit jika nak dibandingkan dengan nikmat di akhirat kelak.

Sampai begitu sekali perumpamaan nikmat dunia dan nikmat akhirat. Janganlah kita terlalu leka dengan nikmat yang sedikit seperti sisa air dijari yang dicelup dari air laut sehingga kita lupa nikmat hakiki yang terbentang selautan luasnya. Mudah-mudahan kita tergolong dari kalangan orang-orang yang diberi petunjuk.