Sabtu, 12 November 2011

Pengorbanan Nyawa Seorang Guru Demi Menyelamatkan Anak Muridnya..

Semalam dalam tragedi berdarah melibatkan sebuah bas rombongan SMK Air Merah Kulim, Kedah yang terbabas dan kemudiannya dirempuh treler membawa pasir di lebuhraya utara selatan berdekatan Behrang, Slim River Perak, menyaksikan pengorbanan nyawa seorang guru semata-mata kerana cuba untuk menyelamatkan anak muridnya. Siti Hajar Binti Mohammad 33 meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital.


Sebagai guru satu perkara yang amat menjadi mimpi ngeri semasa menganjurkan rombongan adalah kemalangan samada melibatkan korban nyawa atau tidak. Saya amat maklum perkara itu kerana saya juga seorang guru. Jadi saya dapat bayangkan bagaimana perasaan guru-guru SMK Air Merah Khusus Cikgu Siti Hajar Binti Mohammad menghadapi situasi kemalangan tersebut. Tentunya yang bermain di kepala adalah akan dipersalahkan oleh pihak atasan dan lebih berat lagi ibubapa kepada murid. Maka tidak hairan tindakan guru tersebut cuba menyelamatkan murid-muridnya tanpa mengambil kira bahaya yang akan menimpa.

Kalau ada sesiapa yang membaca akhbar Harian Metro 12 November 2011 halaman 11 A ada gambar seorang ahli bomba mengeluarkan kaki salah seorang mangsa yang terputus dari timbunan pasir yang jatuh. Adakah itu kaki guru tersebut? 

Dikubur pasir

Kepada keluarga arwah diharapkan bersabar dengan musibah yang menimpa. Mudah-mudahan arwah akan dicucuri rahmat. Semoga selepas ini tidak ada lagi kemalangan melibatkan rombongan sekolah kerana ia menjadi fobia kepada para guru untuk menganjurkan rombongan.

Kredit kepada Harian Metro dan  Utusan Malaysia