Khamis, 8 Ogos 2013

Law Kana Bainana: Cara Nabi Menyambut Syawal.

Ramadahn berakhir sudah. Namun Sunnahnya tidak berakhir bersama Ramadhan. Ada lagi perkara yang nabi suka buat ketika  menyambut hari raya. Untuk menunjukkan kerinduan kita kepada nabi saw tentunya kita juga suka untuk melakukan seperti apa yang nabi lakukan ketika menyambut syawal.

Cara Nabi SAW Menyambut 1 Syawal:

1. Bermula selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan, Nabi amat suka memperbanyakkan takbir bermula dari waktu maghrib.

2. Diwaktu pagi hari raya Aidilfitri, nabi akan makan dan minum terlebih dahulu sebelum keluar untuk Solat Hari Raya Aidilfitri. Dari Anas Bin Malik RA katanya: Nabi SAW tidak akan keluar pada pagi raya sebelum memakan tamar dengan bilangan yang ganjil. Riwayat Bukhari.

3. Mandi sunat hari raya.

4. Memakai pakaian yang terbaik (ikut kemampuan). Dari Jabir RA katanya: Rasulullah mempunyai jubah yang mana baginda akan memakainya hanya pada hari raya dan hari jumaat.

5. Berangkat untuk solat dengan berjalan kaki.

6. Bertegur sapa dan mendoakan setiap orang yang dijumpai ketika berjalan.

7. Apabila sampai dimasjid solat tahiyatul masjid.

8. Bertakbir menunggu mulanya solat hari raya.

9. Pulang dari mengerjakan solat nabi tidak akan melalui jalan yang digunakan semasa pergi tadi dan bertegur sapa serta mendoakan sesiapa sahaja yang dijumpainya pada perjalanan balik.

10. Doa yang nabi ucapkan ketika bertegur sapa dengan orang lain: تقبل الله منا ومنكم  Takabbalallahu minna wa minkum.

Itulah 10 amalan nabi ketika menyambut 1 Syawal. Marilah kita turut sama mengamalkannya. Ya, Rasulullah kami rindu padamu. Ya Allah ilmu yang aku kongsikan ini adalah nasihat dari sahabat-sahabatku, berilah gamjaran pahala kepadanya.

Ahad, 4 Ogos 2013

Berblog dalaw android

Alhamdulillah, hari saya dah dapat berbloger melalui android. Kalau sblm ni nak blog sibuk kena carik wifi, hari ni dah melangkah kedepan lg kerana dah boleh berblog menggunakan broadband weekly celcom. X pac lite. Tq celcom