Isnin, 31 Disember 2012

Jalan-Jalan Cari Makan: Restoran Hannon Al-Arab

Cuti sekolah akhir tahun hampir berlalu. Tapi masih x sempat nak pergi kemana-mana. Maklumlah sibuk dengan persiapan kenduri adik aku dan jugak adil ipar aku.

Malam minggu yang lepas kami anak beranak bersama mertua dan ipar-iparku sempat jugak jalan-jalan cari makan. Kali ni kami pergi ke Bandar Setia Alam. Di sana kami singgah ke Restoran Hannon Al-Arab, sebuah restoran yang menyajikan makanan-makanan dari timur tengah. Sekali Arab da...!



Tak susah nak cari restoran ni. Terletak di Bandar Setia Alam, deretan kedai yang tak jauh dari Tesco Setia Alam di jalan Meru-Klang. Dari jalan lagi dah nampak. Sebenarnya anak aku yang beria nak makan nasi arab. Selalu tengok dalam TV. Jadi neneknya nak la sangat bawakkan dia. So termakbullah impian anak aku yang semangat tu.  




Seperti yang telah disebut di awal tadi, restoran ini menyajikan menu makanan timur tengah. Suasana restorannya yang selesa dan tenang serta mempunyai ciri-ciri arab menjadikan seolah-olah makan di negara arab plak. 




Untuk rekod restoran ini pernah dikunjungi Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan tidak lama dulu. Mari kita tengok apa makanan yang kami pesan. 


Ini namanya nasi arab daging kambing. Sebenarnya besar ni. Kira macam 1 talam la. Bau rempah dan herba dari makanan ni memang menyelerakan. Kalau pergi sini tak rasa menu ni memang rugi la.


Ini pula namanya nasi arab ayam tandhori. Oleh kerana ada dikalangan kami yang tak makan kambing, so pesan jugak la menu ni.  Mana kuahnya.. he he. ada. Nasi arab ni dilengkapkan dengan sup dan sos khas yang memang menyelerakan. 




Itulah kisah jalan-jalan cari makan kami kali ni. Korang try la ek. Gerenti terangkat punya...



Rabu, 12 Disember 2012

Selasa, 4 Disember 2012

Berteman Dengan Harimau

Nyawa dihujung tanduk? Tapi tidak bagi Abdullah Soller. Manakan tidak, harimau yang ganas dianggap sebagai teman sepermainannya.


Berasal dari Jawa Timur, Indonesia, Abdullah Soller 31, menjadikan seekor harimau betina seberat 343 pound menjadi seolah-olah teman hidupnya. Bahkan harimau tersebut telah diberikan nama sebagai 'mulan'.


" Saya tidak takut dengannya (mulan) kerana saya telah menganggapnya sebagai teman saya" Kata Abdullah Soller.


Jumaat, 2 November 2012

Hari Pembukaan Tutti Frutti Kuala Selangor

Hari ni nak share pasal Hari Pembukaan Kedai Tutti Fruity di Kuala Selangor, Kedai makanan yogurt aiskrim yang sebelum ini hanya didapati di bandar-bandar besar sahaja.

Dengan wujudnya kedai makanan ini maka bertambahlah lagi koleksi kedai makanan moden di Bandar Kuala Selangor selepas Mcdonald, Pizza Hut dan KFC. Tutti Frutti ini juga telah disahkan halal oleh JAKIM.Lihat disini . Saya dan keluarga juga tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke tempat tersebut. Ditambah lagi dengan promosi hari pembukaan yang menawarkan diskaun sehingga 50 % kepada pelanggan bermula 2 hingga 3 November 2012. 


Tutti Frutti ini menawarkan aiskrim yogurt pelbagai perisa seperti tembikai susu, coklat, vanila, berry dan bermacam-macam lagi. Semua pelanggan akan diajar bagaimana nak buat aiskrim yogurt ni sebab semuanya layan diri. pilih je mana suka. Besar aiskrim besar la duitnya.. he he he..




Aiskrim yang telah diambil akan ditimbang untuk menentukan harganya. Inilah Tutti Frutti pilihan saya untuk kali pertama ni. Ada Tembikai susu, berry dan vanila tambah kacang, kismis dan lain-lain. Harganya RM 13. Kalau tak promosi rasanya mau dekat RM 30. Takpe la.. nak rasa kan...! 






Rabu, 26 September 2012

Wordless Wednesday... Gambaran Titian Sirat...


Book Review: Kaedah Mendidik Isteri Dan Anak

Buku yang nak saya kongsikan dalam entry kali ini ialah sebuah buku terbitan Telaga Biru Sdn Bhd  iaitu buku KAEDAH MENDIDIK ISTERI DAN ANAK.  


 Buku ini ditulis oleh Ustaz Abdul Rahman Mohamed, seorang penulis berwibawa yang juga pernah menggemparkan Malaysia dengan bukunya Pelik Tapi Benar Dalam Solat.


Beliau yang berasal dari Singapura dalah pemegang ijazah Sarjana Syariah di Univesiti Madinah al-Munawwarah dan merupakan Pengarah Urusan Syarikat Fiqh Consultancy Services. 

Buku ini secara umumnya menjelaskan peranan suami dalam mencorak rumahtangga dan mendidik keluarga menjadi muslim yang sejati. Buku ini juga mengupas dengan jelas kuasa suami sebagai ketua dalam menangani masalah rumahtangga dan sejauhmana pendekatan merotan itu boleh dipraktikkan dalam rumatangga serta cara yang sesuai dalam melaksanakan hukuman merotan.

Ada para suami yang menganggap pendekatan kekerasan atau dengan kata lain memukul itu merupakan hak mereka dalam membentuk rumahtangga memandangkan mereka adalah pemimpin dalam rumahtangga. Tetapi mereka lupa pendekatan kasih sayang itu lebih penting dalam memupuk kerukunan rumahtangga. Nabi S.A.W sendiri pernah mengatakan bahawa baginda merupakan orang yang paling lemah lembut kepada isteri-isterinya. 

Bagi menjelaskan lagi perkara tersebut buku ini dilihat amat sesuai dalam merungkai hak-hak suami dan isteri serta anak-anak. Buku ini juga dihiasi dengan ilustrasi yang menarik serta bertepatan dengan tajuk-tajuk yang dibincangkan. Tahniah kepada penulis buku ini. 

Selasa, 25 September 2012

Book Review: Travel Photography

Dah lama tak menulis dalam blog ni. Rasanya dari Hari Raya Aidilfitri yang lepas. Sebenarnya ada banyak kekangan kerja, jadi tak nak menulis di blog ini. So hari ini ada kesempatan sikit, saya nak up entry pasal review buku.


Buku pilihan saya kali ini ialah sebuah buku terbitan PTS NetMedia Sdn. Bhd yang berjudul TRAVEL PHOTOGRAPHY.

Buku ini adalah pengenalan mudah bagi mereka yang minat dalam bidang fotografi. Di dalamnya terdapat beberapa info dan tips mudah dalam mengambil gambar steady mahupun street fotografi. Di terangkan juga beberapa fungsi mudah dalam dslr dan cara mengedit foto di software.

Ringkasnya buku ini amat sesuai bagi mereka yang baru mula berjinak-jinak dengan bidang fotografi. 

Sabtu, 11 Ogos 2012

Perbandingan Nikmat Dunia dan Akhirat

Diakhir-akhir Ramadhan ini tentunya kita sentiasa sibuk dengan persiapan nak menyambut hari raya yang bakal tiba kurang seminggu sahaja lagi. Tidak kira yang tua mahupun yang muda. Ibubapa sibuk membuat persiapan anak-anak dan keluarga. Anak-anak sibuk pula dengan persiapan sendiri sambil menghitung hari menanti syawal yang bakal tiba. Remaja pula sibuk dengan perancangan itu dan ini bersama dengan kawan-kawan dan juga teman istimewa mereka sehingga ada yang melupakan ibubapa. 


Lihat sahaja di pasaraya besar mahupun di pekan-pekan kecil, di shoping kompleks mahupun kedai runcit. Semuanya penuh dengan himpunan raksasa untuk satu tujuan, menyediakan persiapan untuk hari raya. Saya juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Sehingga terfikir di hati kecil ini, agaknya kalaulah raya ditunda lagi seminggu agak-agaknya berkurangan tak bilangan manusia yang berhimpun di pasaraya sperti sekarang ini. Saya yakin dan pasti jawapannya ialah tidak akan berkurang, malahan semakin bertambah kerana pastinya ada sahaja yang tidak lengkap untuk persiapan manyambut hari lebaran. 





Tapi dalam kesibukan dunia yang fana ini jangalah kita lupakan peluang merebut keistimewaan 10 terakhir Ramadhan. Mudah-mudahan dengan amalan kita di sepuluh terakhir Ramadhan ini akan memberikan keberkatan kepada kita. Nikmat dunia ini hanyalah sedikit jika nak dibandingkan dengan nikmat di akhirat kelak.

Sampai begitu sekali perumpamaan nikmat dunia dan nikmat akhirat. Janganlah kita terlalu leka dengan nikmat yang sedikit seperti sisa air dijari yang dicelup dari air laut sehingga kita lupa nikmat hakiki yang terbentang selautan luasnya. Mudah-mudahan kita tergolong dari kalangan orang-orang yang diberi petunjuk.

Jumaat, 3 Ogos 2012

Olimpik Oh.. Olimpik.. Seksanya!

Disisi saya nak kongsikan gambar-gambar menarik atlit panpan anjal Olimpik London 2012. Lihat sahaja dari mukanya, tergambar seribu satu perasaan yang tak dapat digambarkan.









Ha ha ha.. tak boleh tahan betul.. Betapa seksanya nak menang Olimpik.

Kejayaan Yang Mahal Harganya

Sebelum ni di facebook, saya telah kongsikan beberapa gambar dari facebook rakan tentang gimnas cilik dari cina yang telah berlatih dengan penuh susah payah untuk mencapai kejayaan cemerlang di olimpik. kali ini saya uploadkan lagi beberapa gambar yang menunjukkan jerih perihnya mereka berlatih.









Kanak-kanak ini telah dilatih seawal umur 4 ke 5 tahun untuk mencapai tahap membanggakan sekarang di Olimpik. Lihat sendiri betapa seksanya mereka menjalani latihan. Kalau macamni bagi je la diorang menang. Kesian tengok kalau dia tak menang.