Jumaat, 9 Mac 2012

SBPA Batal, SSM Kembali.


Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam ataupun SBPA telah dimansuhkan oleh YAB Perdana Menteri dalam ucapannya pada satu majlis semalam. Manakala Sistem Saraan Malaysia SSM yang dimansuhkan sebelum ini digunapakai semula dengan beberapa penambahbaikan. Beliau juga menegaskan akan menubuhkan suruhanjaya khas untuk mengkaji sistem saraan perkhidmatan awam secara lebih menyeluruh.

"Ia selaras dengan komitmen kerajaan sebagaimana yang diumumkan di dalam Belanjawan 2012". Katanya dalam satu majlis Perjumpaan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Putrajaya PICC di sini semalam.

Antara penambahbaikan yang diumumkan semalam ialah:

- Kenaikan 13 peratus gaji bagi kakitangan gred 1 - 54.
- Kenaikan 9 peratus untuk JUSA (Jawatan Utama Sektor Awam).
- Kenaikan 8 peratus untuk turus 2 dan 3.
- Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan KSU (Ketua Setiausaha)

Beliau juga mengumumkan kenaikan kola bagi kawasan gred B sebanyak RM250 dan kawasan gred C sebanyak 150.



 Sementara itu Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman dalam kenyataannya menarik nafas lega dengan keputusan itu. " Kita sambut baik apa yang diumukan oleh YAB Perdana Menteri. Kita juga berharap kenaikan ini tidak diikuti kenaikan harga barang yang boleh membebankan pengguna. 

Secara peribadi saya sebagai penjawat awam juga turut bersyukur dengan pengumuman ini. Mudah-mudahan ianya menjadi pencetus semangat untuk saya lebih giat lagi berbakti kepada anak didik dan kerjaya saya sebagai seorang guru.

Rabu, 7 Mac 2012

Senam Seni Bersama Artis Veteren..

Baru-baru ni saya berkesempatan pergi ke satu acara iaitu Program Senam Seni Bersama Artis Veteren di Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjung Karang. Disitu terdapat aktiviti seperti Sukaneka, Tazkirah, Pameran, Jualan dan banyak lagi. 



Program ini merupakan program jelajah Malaysia Anjuran Persatuan Kebajikan Artis Veteren Malaysia bersama dengan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Radio Klasik Nasional. 
Antara artis-artis yang hadir menjayakan program tersebut ialah Dato' Aziz Sattar, Dato Haji Baharuddin Omar (Anjang Aki), Kuswadinata (Abang Kus), Seniwati Mariani, dan ramai lagi yang aku tak berapa ingat namanya.

Bersama Dato' Anjang Aki

Mertuaku bersama Dato' Aziz Sattar

Bersama Abang Kus
Antara pameran yang diadakan ialah pameran barangan tiruan dan asli, demonstrasi buat kek ala hotel, pemeriksaan kesihatan, insuran dan banyak lagi. Sesekali jumpa dengan arits veteren ni best gak. Mertua aku le orang yang paling suka. Mana tidaknya, dapat jumpa artis pujaan muda-muda dulu. Nanti saya tambah gambar lagi. Ok..

Wordless Wednesday 07 Mac 2012

Dah lama tak buat wordless wednesday. So.. hari ini aku nak buat balik.