Selasa, 30 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin

Saya Ibnumusa El Muhammady dari Blog Stanza Seorang Bloger mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin kepada semua blogers yang beragama Islam. Esok leh le sambung puasa 6.


Isnin, 29 Ogos 2011

Ops Sikap 2011

Selamat pulang ke kampung diucapkan kepada mereka yang akan berbuat demikian hari ini. Tapi sebelum keluar cuba la usha laman web ni untuk mengerahui mane tempat yang ada speed trap. Mudah-mudahan anda tak kena saman jauh sekali terlibat dengan kemalangan jalanraya. Selamat Balik Kampung!
Lokasi Speed Trap Terima kasih kepada KOMUNITI, Blog Komuniti Blogger.

Zakat Fitrah 1432, Jangan Lupa Bayar

29 Ramadhan 1432. Setelah hampir sebulan di Akademi Ramadhan maka tibalah masa Ramadhan akan meninggalkan kita dengan seribu satu kenangan, pengajaran, keinsafan yang meruntun jiwa. Alangkah pilunya rasa hati kerana entahkan dapat bertemu kembali. 

Walaupun bersedih, jangan kita lupa bahawa kita masih lagi ada satu tanggungjawab yang membuktikan kita benar-benar terkesan dengan Akademi Ramadhan ini iaitu Zakat Fitrah. Lembaga Zakat Selangor LZS Khususnya (Untuk Selangor Sahaja. Tempat-tempat lain tertakluk kepada Jabatan Agama Negeri) sejak awal lagi telahpun mengumumkan dalam sidang medianya bahawa kadar Zakat Fitrah pada tahun ini masih kekal seperti tahun lepas iaitu RM 7.00 sahaja bagi seorang muslim. Zakat tersebut boleh di bayar samada terus ke Cawangan LZS ataupun kepada 2575 Penolong Amil Fitrah yang dilantik bukan sahaja mewakili masjid dan surau tetapi juga di pasaraya-pasaraya terkemuka di Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Tn Hj. Mohamed Izam Mohamed Yusof mewakili Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Dato' Mohamad Adzib b Mohd Isa dalam kenyataan medianya mengumumkan Harga Zakat Fitrah mengatakan beberapa kaunter sementara di pusat-pusat membeli belah terpilih iaitu di Centrepoint, Klang; Mydin Plaza MPK Klang; Giant Sek. 13, Shah Alam; Kompleks PKNS, Shah Alam; Plaza Masalam, Shah Alam; Jaya Jusco, Bukit Raja, Klang; SACC Mall, Shah Alam dan Terminal LCCT, Sepang turut dibuka bagi tujuan ini. Lihat Laman Web LZS

Jadi sambil kita membeli belah untuk keperluan Hari Raya yang bakal menjelma, jangan kita lupa terhadap perkara wajib yang sepatutnya kita dahulukan. Tunaikanlah Zakat Fitrah anda hari ini juga. 

Ahad, 28 Ogos 2011

Program Qiamullail Dan Sahur Perdana Peringkat Negeri 2011

26 dan 27 Ogos 2011, bertempat di Masjid Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam telah diadakan Program Qiamullail Perdana Peringkat Negeri Selangor anjuran Jabatan Agama Islam Selangor dan Exco Agama Dan Adat Istiadat Melayu Dan Infrastrktur.
Program tersebut merupakan siri program Ihya' Ramadhan sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak di mana Program Qiamullail dan sahur perdana merupakan program kemuncak dalam siri program tersebut. Saya juga tidak ketinggalan untuk mengikuti program tersebut selain mendapat jemputan, saya juga terpanggil untuk turut dalam berqiamullail di bawah pimpinan Yang Berbahagia Tuan Haji Othman Ibrahim, seorang pendakwah yang gigih walaupun berkerusi roda kerana mengidap penyakit diabetes dan buah pinggang. 

Program dimulakan dengan Solat Isya' berjamaah dan Solat Tarawikh diikuti dengan Majlis Khatamul Quran di bawah pimpinan Imam Jemputan dari Mesir. Kemudian Majlis berhenti rehat sebelum dan disambung kembali pada pukul 3.30 pagi dengan solat tasbih, solat taubat dan solat hajat secara berjamaah.

















Program diteruskan dengan bersahur, solat subuh dan sedikit ucapan aluan dan penghargaan sebelum diakhiri dengan tazkirah. Program turut dihadiri oleh YAB Tan Sri Dato' Seri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Dato' Dr. Haji Hasan Bin Mohd Ali, Exco Agama dan Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Asas, Sahibus Samahah Dato' Haji Mohd Tamyes Bin Abd Wahid, Mufti Selangor dan Sahibus Saadah Tuan Haji Marzuki Bin Hussin. 



Program tersebut boleh dikatakan sangat berjaya kerana ramai para jamaah yang hadir. Secara peribadi saya belum pernah menghadiri program qiamulail yang dihadiri oleh begitu ramai orang. Inilah kali pertama rasanya pergi solat qiamulail seolah-olah pergi solat Jumaat. Alangkah indahnya melihat masjid dimakmurkan oleh pelbagai manusia dari pelbagai peringkat umur dari kanak-kanak hinggalah yang tua, lelaki dan perempuan, dari yang bujang hinggalah yang dah bercucu. Disebelah malamnya sama-sama tidur di masjid. Disepertiga malamnya sama-sama qiamulail, bermunajat, mohon keampunan, bertasbih di malam 27 Ramadhan. Apatah lagi andainya bertepatanlah malam itu dengan Lailatul Qadr. Alangkah indahnya dan selamatlah sekelian yang hadir sebagaimana janji Allah " selamat sejahteralah mereka hingga terbit fajar". Mudah-mudahan program seperti ini dapat di jalankan lagi dimasa akan datang.






Kalau tengok suasana pada pagi tu tenang dan damai. Tidak seperti hari-hari biasa. matahari juga seperti malas hendak mengeluarkan cahayanya. Bahkan sehingga ke tengahari suasana masih lagi redup. Apakah itu tandab ahawa malam tadi merupakan Lailatul Qadr. Wallaua'lam.