Program Qiamullail Dan Sahur Perdana Peringkat Negeri 2011

26 dan 27 Ogos 2011, bertempat di Masjid Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam telah diadakan Program Qiamullail Perdana Peringkat Negeri Selangor anjuran Jabatan Agama Islam Selangor dan Exco Agama Dan Adat Istiadat Melayu Dan Infrastrktur.
Program tersebut merupakan siri program Ihya' Ramadhan sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak di mana Program Qiamullail dan sahur perdana merupakan program kemuncak dalam siri program tersebut. Saya juga tidak ketinggalan untuk mengikuti program tersebut selain mendapat jemputan, saya juga terpanggil untuk turut dalam berqiamullail di bawah pimpinan Yang Berbahagia Tuan Haji Othman Ibrahim, seorang pendakwah yang gigih walaupun berkerusi roda kerana mengidap penyakit diabetes dan buah pinggang. 

Program dimulakan dengan Solat Isya' berjamaah dan Solat Tarawikh diikuti dengan Majlis Khatamul Quran di bawah pimpinan Imam Jemputan dari Mesir. Kemudian Majlis berhenti rehat sebelum dan disambung kembali pada pukul 3.30 pagi dengan solat tasbih, solat taubat dan solat hajat secara berjamaah.

















Program diteruskan dengan bersahur, solat subuh dan sedikit ucapan aluan dan penghargaan sebelum diakhiri dengan tazkirah. Program turut dihadiri oleh YAB Tan Sri Dato' Seri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Dato' Dr. Haji Hasan Bin Mohd Ali, Exco Agama dan Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Asas, Sahibus Samahah Dato' Haji Mohd Tamyes Bin Abd Wahid, Mufti Selangor dan Sahibus Saadah Tuan Haji Marzuki Bin Hussin. 



Program tersebut boleh dikatakan sangat berjaya kerana ramai para jamaah yang hadir. Secara peribadi saya belum pernah menghadiri program qiamulail yang dihadiri oleh begitu ramai orang. Inilah kali pertama rasanya pergi solat qiamulail seolah-olah pergi solat Jumaat. Alangkah indahnya melihat masjid dimakmurkan oleh pelbagai manusia dari pelbagai peringkat umur dari kanak-kanak hinggalah yang tua, lelaki dan perempuan, dari yang bujang hinggalah yang dah bercucu. Disebelah malamnya sama-sama tidur di masjid. Disepertiga malamnya sama-sama qiamulail, bermunajat, mohon keampunan, bertasbih di malam 27 Ramadhan. Apatah lagi andainya bertepatanlah malam itu dengan Lailatul Qadr. Alangkah indahnya dan selamatlah sekelian yang hadir sebagaimana janji Allah " selamat sejahteralah mereka hingga terbit fajar". Mudah-mudahan program seperti ini dapat di jalankan lagi dimasa akan datang.






Kalau tengok suasana pada pagi tu tenang dan damai. Tidak seperti hari-hari biasa. matahari juga seperti malas hendak mengeluarkan cahayanya. Bahkan sehingga ke tengahari suasana masih lagi redup. Apakah itu tandab ahawa malam tadi merupakan Lailatul Qadr. Wallaua'lam.






Ulasan

  1. Alhamdulillah.. alangkah bagus kalau aku dapat join sekali dan menginsafi diri aku.. jauh disudut hati aku ingin menjadi seperti mana org orang yg soleh. Semogo Allah memberikan aku kekuatan dan menerangkan hati aku untuk lebih mendekatkan lagi diriku kepadaNya... Amin

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular