Zakat Fitrah 1432, Jangan Lupa Bayar

29 Ramadhan 1432. Setelah hampir sebulan di Akademi Ramadhan maka tibalah masa Ramadhan akan meninggalkan kita dengan seribu satu kenangan, pengajaran, keinsafan yang meruntun jiwa. Alangkah pilunya rasa hati kerana entahkan dapat bertemu kembali. 

Walaupun bersedih, jangan kita lupa bahawa kita masih lagi ada satu tanggungjawab yang membuktikan kita benar-benar terkesan dengan Akademi Ramadhan ini iaitu Zakat Fitrah. Lembaga Zakat Selangor LZS Khususnya (Untuk Selangor Sahaja. Tempat-tempat lain tertakluk kepada Jabatan Agama Negeri) sejak awal lagi telahpun mengumumkan dalam sidang medianya bahawa kadar Zakat Fitrah pada tahun ini masih kekal seperti tahun lepas iaitu RM 7.00 sahaja bagi seorang muslim. Zakat tersebut boleh di bayar samada terus ke Cawangan LZS ataupun kepada 2575 Penolong Amil Fitrah yang dilantik bukan sahaja mewakili masjid dan surau tetapi juga di pasaraya-pasaraya terkemuka di Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Tn Hj. Mohamed Izam Mohamed Yusof mewakili Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Dato' Mohamad Adzib b Mohd Isa dalam kenyataan medianya mengumumkan Harga Zakat Fitrah mengatakan beberapa kaunter sementara di pusat-pusat membeli belah terpilih iaitu di Centrepoint, Klang; Mydin Plaza MPK Klang; Giant Sek. 13, Shah Alam; Kompleks PKNS, Shah Alam; Plaza Masalam, Shah Alam; Jaya Jusco, Bukit Raja, Klang; SACC Mall, Shah Alam dan Terminal LCCT, Sepang turut dibuka bagi tujuan ini. Lihat Laman Web LZS

Jadi sambil kita membeli belah untuk keperluan Hari Raya yang bakal menjelma, jangan kita lupa terhadap perkara wajib yang sepatutnya kita dahulukan. Tunaikanlah Zakat Fitrah anda hari ini juga. 

Ulasan

Catatan Popular