Sabtu, 31 Disember 2011

Selamat Jalan 2011, Selamat Datang 2012



Dah lama aku tidak menukilkan sesuatu di blogku ini. Oleh kerana kesibukan mengurus kerja-kerja di sekolah bagi menghadapi tahun 2012 dan juga melayani karenah keluarga bercuti dan sebagainya. Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga di tahun 2011 ini semakin bertambah dan selesa. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini kerana terpaksa berdikit-dikit untuk menghadapi tahun baru.

Banyak juga perubahan yang berlaku sepanjang tahun ini.Yang pastinya tahun ini lebih baik dari tahun lepas, mudah-mudahan tahun 2012 yang bakal menjelma malam nanti akan lebih baik dari tahun 2011 yang bakal pergi. Apapun aku tetap bersyukur kepada nikmat yang Allah kurniakan. Tentunya dengan bersyukur maka InsyaAllah akan ditambahkan lagi rezeki. Walaubagaimanapun masih ada juga impian yang masih belum tercapai. Usaha tetap akan aku giatkan bagi mencapainya. 

Kepada semua yang selalu menjenguk ke blog ini, Saya ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012.


Selasa, 29 November 2011

New 7 Wonders Of The World (7 Keajaiban Alam Terbaru)

Sebuah Agensi yang dikenali sebagai New Wonders Of The World telah mengumumkan 7 keajaiban dunia untuk kategori Alam semulajadi kerana mengambil kira keunikan dan keaslian serta keindahannya.

1. Kepulauan KOMODO





Kepulauan Komodo seluas 1.817 kilometer persegi mempunyai keunikan hasil alam semulajadi dari segi haiwan dan specis tumbuhan yang dikatakan kekal sejak zaman dinasour lagi.

2. Hutan Hujan Amazon







Hutan Amazon atau turut dikenali sebagai lembah amazon seluas 5.5  juta kilometer yang merentangi 9 negara adalah antara hutan yang masih kekal kaya dengan spesis hutan dan binatangnya.

3. Halong Bay





Sebuah teluk di Provinsi Quang Ninh, Vietnam seluas 1553 kilometer persegi dikelilingi pulau-pulau batu kapur yang unik.


4. Air Terjun Iguazu













Air terjun, terletak di Brazil merupakan tempat kepada spesis flora dan fauna yang telah pupus ditempat lain.

5. Pulau Jeju






Pulau sekitar 130 kilometer di Korea merupakan pulau gunung berapi.

6. Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa








Sungai Bawah tanah di filipina sepanjang 50 kilometer.


7. Table Mountain





Sebuah gunung berbentuk meja di Afrika Selatan

Isnin, 28 November 2011

Bunuh Diri Kerana Hutang ( Please Dont Try This At Home)

Greek- Seorang lelaki berusia 55 tahun nekad membunuh dirinya dengan membakar diri menggunakan minyak petrol di depan orang ramai. Lelaki tersebut bernasib baik kerana pihak polis sempat memadamkan kebakaran tersebut dengan alat pemadam api. Lelaki itu kini dirawat dihospital berdekatan dan keadaannya dilaporkan stabil.











Jangan sekali-kali meniru aksi ini. Membunuh diri itu Haram dan berdosa besar di sisi Islam.

Ahad, 27 November 2011

Salam Maal HIjrah 1433



Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a:" Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya" Seorang Muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim yang lainnya dengan lidah, mahupun kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) itu adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah SWT.

Riwayat Bukhari
alt

Sabtu, 26 November 2011

Tanda lelaki dicintai oleh jin betina.

Terima kasih kepada http://aduhaimedia.com





Secara tidak sedar kita hidup bersama dengan makhluk-makhuk lain di alam maya ini. Menjalani kehidupan harian kita bersama mereka. Bukan sesuatu yang mustahil sekiranya sampai kepada satu tahap kita sedang disukai atau lebih teruk dicintai oleh jin betina tanpa kita sedari. 

Apabila seseorang manusia lelaki itu dicintai jin betina maka ia ada beberapa tanda:
1. Anda akan mempunyai sikap seperti seorang wanita seperti sangat kuat emosi seperti pemarah, kuat merajuk, sangat pemalu, mudah panik atau gelabah, putus asa dan sebagainya.
2. Anda sangat suka menyendiri, sangat tak selesa berada di khlayak ramai, apalagi kalau menjadi tumpuan ramai dan anda mungkin dapat perhatikan sekurang-kurang jari anda akan menggeletar atau mungkin diri anda sepenuhnya panik dan menggeletar.
3. Anda suka melamun dan berkhayal membayangkan perkara-perkara romantik contohnya berasamara atau ‘berkasih-kasihan’ dengan wanita (siapa  saja wanitanya samada sesorang yang anda kenal, pernah lihat atau anda cipta sendiri orangnya)
3. Anda suka bersendirian berjalan malam.
4. Anda suka duduk melamun dan melayan perasan dibawah cahaya bulan purnama.
5. Anda sering merasa gembira, sedih, sayu, atau rindu, pada seseorang yang anda sendiri tak tahu pada siapa.
Nota
Semua faktor di atas boleh jadi sederhana atau sangat kuat menguasai diri anda bergantung kepada sejauh mana angin bisa atau malah jin itu sendiri masuk ke dalam jasad anda,terutamanya pada bahagian kepala.

Begitu juga ia bergantung kepada kekuatan dan perangai jin betina itu sendiri, di mana kalau ianya sering datang menziarahi atau mengikut anda ke mana saja anda pergi, maka kesan gangguan itu akan anda rasa pada banyak masa, tak kira siang atau malam.

6. Anda mudah jatuh hati atau jatuh cinta pada mana-mana wanita, samada yang dah lama atau baru anda kenal malah mungkin yang anda nampak di tengah jalan sekali nampak saja anda akan ingat atau terbayang-bayang orangnya dengan perasaan yang penuh rasa rindu dan cinta.
7. Anda mungkin selalu didatangi perempuan  yang anda kenal atau tidak, perempuan yang sama atau berganti-ganti pada masa mula terlelap atau ditengah malam dalam keadaan antara tidur dan jaga.
Kemudian apa saja boleh jadi, mungkin sekadar datang, atau berasmara dengan anda, atau lebih…
8. Anda mungkin sering bermimpi didatangi dan berasmara dengan perempuan.
Dan kalau anda sampai melakukan hubungan jenis dengannya maka ia sangat bahaya, kerana mimpi pada anda, tapi alam nyata baginya ia mungkin ketagih atau menjadi sangat sayang, dan akan terus menjaga anda dengan ketat.
Malah ia akan menjadi lebih berat, bila anda ada anak dengannya di alam jin itu, anda mungkin nampak anak itu dalam mimpi anda, Wallahua’lam.
(Risikonya kalau cuba dipisahkan anda mungkin akan menghampiri, atau jadi gila, atau mungkin melakukan sesuatu yang di luar dugaan dari sebab tekanan angin bisa atau dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.)
9. Pada gangguan yang lebih teruk, jin itu menjelma di hadapan anda seperti manusia, maka anda rasa berhubungan dengannya itu adalah di alam nyata.
Biasanya pada tahap gangguan kuat peringkat ini, sesorang itu sentiasa menyendiri atau mengasingkan diri agar sentiasa dapat bersama dengan ‘kekasihnya’ itu dan selalu bercakap sendirian sedangkan pada pandangannya ada temannya.
Ia terutamanya kalau jin itu adalah jin hutan dan seseorang itu sentiasa berada pada tempat yang tiada manusia seperti dalam hutan atau rumah-rumah terpencil dan sebagainya.
10. Anda mungkin bangun pagi dan terasa seperti ada orang menemani anda tidursemalamnya dan anda mungkin merasakan orang itu seorang perempuan.
11. Anda mungkin bangun pagi dan merasa ada melakukan hubungan badansemalamnya, walaupun anda mungkin tidur seorang diri.
12. Mungkin pada wajah anda ada cahaya lembut, iaitu suatu aura dari makhluk halus itu dan mungkin menjadi pelembut hati orang yang memandang anda, seperti mereka itu sedang memandang seorang wanita cantik yang penuh kelembutan.
Kecuali kalau jin itu marah, atau tak puas hati dengan anda terutama kalau amalan pendinding anda mula memberi kesan kepadanya, maka cahaya lembut itu akan hilang dan bertukar kepada cahaya wajah ‘mendung’ atau gelap seperti orang yang sedang marah.

13. Kalau gangguan lebih berat, anda mungkin akan mengalami rasukan oleh ‘awek‘ anda tersebut.
14. Anda mungkin selalu terasa seperti ada orang mengekori anda ke mana-mana.
15. Orang lain mungkin nampak bayangan hitam atau wanita yang selalu menemani anda.
Biasanya ia boleh dilihat dari jarak jauh tapi bila dah dekat, tak ada pula ‘orangnya’.
16. Kalau anda terkena jin yang kuat cemburu, nescaya ia akan menghalang anda dari berkahwin, kerana tak mahu berkongsi kekasihnya.
17. Kalau dapat kahwin tapi jin itu belum terlepas gangguannya, mungkin rumahtangga anda selalu jadi ‘perang saudara laki bini’, anda berlaku curang, tak peduli atau tak suka mendekati isteri, cemburu atau marah tak tentu pasal dan sebagainya.
Soalnya selagi jin itu belum berpuas hati ia akan terus menghasut dan berusaha memporak porandakan rumahtangga anda, kalau boleh biar bercerai agar anda akan menjadi miliknya seekor.
18. Nafsu anda naik tak tentu masa dan tak ada sebarang sebab munasabah dan tak mustahil kalau isteri ‘berhalangan’, anda guna atau cari jalan lain termasuk cara yang tak senonoh, kecuali kalau anda seorang yang berilmu dan kuat iman.
Malah ia boleh jadi antara faktor penyebab seseorang itu melakukan keganasan seks, termasuk merogol, terutamanya kalau jin betina itu gila seks kerana ia akan dapat ikut serta.
19. Kalau dapat anak, maka tak pula mustahil antara anak-anak itu yang didatangi jin betina pada mana-mana cara seperti bapanya juga terutama bagi anak-anak lelaki.
…dan sebagainya…
Adapun cinta itu boleh jadi cinta sama cinta, cinta sama paksa, atau cinta sama tak tau, iaitu anda tak sedar menjadi pujaan jin betina.
Biasanya lelaki yang dicintai jin betina itu akan mengalami gejala gangguan pada bahagian dada dan kepala.
Wallahua’lam

Khamis, 24 November 2011

Mum Part Time Work At Home. Earn USD 7397 Per Month.

Berita Malaysia News Weekly hari ini melaporkan seorang ibu yang telah kehilangan kerjanya tahun lepas akibat dari kemerosotan ekonomi mampu menjana pendapatan antara USD 7000 hingga USD 8000 sebulan dengan hanya bekerja part time dengan komputer. Citra Yusuf seorang ibu dengan tiga anak dari Kuala Lumpur tidak menyangka percubaannya untuk menjalankan perniagaan dengan internet dapat menampung gaji bulanannya melebihi pendapatan ketika masih bekerja. Sila lihat entry Citra Yusuf

" Biasanya saya mendapat pendapatan sebanyak USD 7000 hingga USD 8000 sebulan secara online. Saya terdesak kerana diberhentikan kerja secara mengejut ketika itu. Saya menceburi perniagaan internet ini bukan kerana hendak kaya cepat. Saya hanya inginkan pendapatan sah yang boleh menampung perbelanjaan saya dan keluarga". 

" Sudah tiba masanya orang-orang diluar sana memanfaatkan jalur lebar untuk tujuan menambah pendapatan daripada digunakan untuk pekerjaan yang sia-sia.


Rabu, 23 November 2011

Wordless Wednesday....!

Dah lama dah saya tengok perkembangan dunia blogger. So i found out about wordless wednesday and its sound interesting. I think i want to join it. Kepada sesiapa yang tak tau apa itu worless wednesday sila lawati entry ini. Wordless Wednesday...

Thanks for the information http://andyhowtt.com/

So ini gambar wordless wednesday aku. " TERBAIIIIK"

Ahad, 20 November 2011

KEJAM!...



Kejam sungguh. Sebelum ni saya hanya dapat tengok separuh-separuh sahaja. Ini saya bawakan gambar penuh bagaimana kekejaman seorang wanita terhadap seekor kucing. Klik Entri Ini. Terima kasih kepada SiasahKini.Blogspot.com.

Khamis, 17 November 2011

Tahniah Harimau Malaya. Ngauman Mu Melentokkan Sang Garuda.

bolasepak sukan sea

Tahniah Skuad Harimau Muda! Malaysia kini menjuarai kumpulan B apabila berjaya menewaskan Indonesia dengan 1 - 0 di Stadium Gelora Bung Karno di hadapan ribuan penyokong Indonesia. Kemenangan ini sudah pastinya terlalu manis buat Malaysia kerana disamping terpaksa menyerap provokasi penyokong tuan rumah Skuad Harimau Muda juga terpaksa berhati-hati terhadap karenah pengadil yang seakan-akan 'berat sebelah' kepada pasukan tuan rumah. 

Tambah tertekan lagi apabila Jurulatih Ong Kim Swee di perintah supaya keluar meninggalkan kerusi pasukan Malaysia hanya kerana cuba mempertahankan anak buahnya. Namun Sebaliknya ia tidak mematahkan semangat Skuad Harimau Muda dari bertahan sehingga ke wisel penamat. Semangat dan kesungguhan pemain negara sememangnya patut dipuji. 

Minggu Result UPSR dan PSRA 2011

Minggu ini berakhirlah usaha selama setahun ( sebenarnya 6 tahun ) murid-murid tahun 6 kerana minggu ini diumumkan keputusan 2 peperiksaan penting iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk Sekolah Kebangsaan dan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) untuk Sekolah Rendah Agama JAIS. 

Alhamdulillah bagi peperiksaan PSRA sekolahku telah mendapat seramai 14 orang Mumtaz (Cemerlang) dan saya doakan semoga ramai lagi anak-anak murid saya yang mendapat 5 A di dalam UPSR yang diumumkan hari ini. 

Kepada yang kurang berjaya jangan terus putus asa. Ini hanyalah permulaan kerana masih banyak lagi peperiksaan yang akan ditempuh dimasa akan datang. So keep it up to your success.

Ahad, 13 November 2011

Masa Bekerja Guru 9 Jam Sehari?

Sebelum apa-apa baik korang baca dulu Utusan Melayu ni.

Dah baca...? Maknanya akan datang guru-guru akan mula bekerja 9 jam sehari. Walaupun sebagai permulaan hanya dilaksanakan di Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak, tetapi sebenarnya usaha untuk menjadikan masa bekerja guru selama 6 jam sudah semakin hampir.

Tapi bagi saya yang sememangnya seorang guru ni, pada saya seorang guru kerjanya berjalan selama 24 jam walaupun waktu rasminya hanya 6 jam sehari di sekolah. Tak Percaya? Cuba kita tengok profesyen  seorang doktor. 
Hebatnya seorang doktor menjalankan tugas di hospital ia tidak akan membawa kerjanya ke rumah. Tak tau la kalau ada doktor yang membawa peralatan doktor ke rumah kemudian publish siapa yang nak buat rawatan di luar waktu pejabat sila la datang ke rumah. Rasanya takde. Kalau ada kecemasan baru la seorang doktor memberikan pertolongan cemas tetapi tetap juga perlu merujuk ke hospital.
Kita tengok pulak Mekanik. Mekanik yang hebat juga tidak akan membawa pemutar skru, spanar, dan lain-lain ke rumah untuk bukak workshop lain kat rumah. Kecuali kalau kenderaan sendiri rosak kena la betulkan dulu. Itupun kena jugak bawak ke bengkel.
Kontraktor pula biasanya kerjanya habis di pejabat ataupun di site. Jarang di bawa ke rumah kecuali pejabat nya memang kat rumah.Kontraktor bekerja dengan plan dan sebagainya perlu pada kawasan yang besar untuk membaca plan dan sebagainya tanpa gangguan.
Kita tengok pulak peguam.Memang ada juga peguam yang membawa kerjanya ke rumah. Tapi bukan selalu, cuma pada kes-kes yang berat macam kes Sosilawati ke, Anwar ke baru la tak senang duduk kat rumah. kalau setakat kes biasa pandai le peguam goreng kat mahkamah.
Kerani pejabat. Kerja yang paling mudah. Pergi kerja, buat kerja, rehat, buat kerja, habis waktu kerja, balik. Di rumah tak sentuh langsung pun hal pejabat. Kalau ada pun kerja berat seperti kewangan dan sebagainya biasanya di buat di pejabat, overtime. 
Sekarang kita tengok guru pulak. Seorang guru setiap hari perlu menyediakan diri untuk mengajar murid keesokan harinya iaitu persediaan mengajar / ringkasan mengajar dan  bahan bantu mengajar. Itu belum lagi kena study tajuk yang nak di ajar esok. Kalau ada 5 masa/subjek  maka kena la siapkan dengan kelima-limanya. Takkan cikgu nak jawab tak tau je kalau murid tanya, tambahan lagi cikgu matematik. Jadi semua tu nak buat di mana. Takkan di sekolah, tentulah di rumah.

Setiap hari juga seorang guru pastinya perlu menyemak buku latihan murid. Jadi bayangkan seorang guru mengajar 5 kelas yang mana 1 kelas ada 40 orang murid. Kalau kelima-lima kelas cikgu tu buat latihan. Tak ke 200 buku dia nak kena semak sehari. Kalu hari-hari camni tak tido malam la cikgu. Habis semua tu buat di mana. Biasanya di rumah la sebab di sekolah banyak lagi kerja lain nak buat.

Itu tidak termasuk kalau peperiksaan. Bayangkan 1 kelas 40, kalau ada 10 kelas tak ke 400 kertas nak kena semak sedangkan tempoh biasanya mesti siap dalam 2 minggu. Dan semua tu buat di mana. Di rumah juga. 

Itu belum lagi murid-murid yang nak mintak tuisyen dengan cikgu. Walaupun biasanya berbayar, kalau di bandar-bandar boleh la masyuk. Kalau di kampung dan pedalaman, takkan sampai hati seorang guru nak charge mahal-mahal untuk kelasnya. 

Itu juga tidak termasuk pelbagai kerja yang sedai menanti di sekolah. Nanti la sambung lagi dalam entry yang lain.

Itulah sebabnya kerja sebagai cikgu ni sebenarnya 24 jam. Sebagai guru saya tidaklah seperti mengungkit betapa susah dan payahnya kerja sebagai seorang guru. Tetapi orang yang tidak menjadi guru tidak akan faham dengan kerjaya sebagai seorang guru yang mereka nampak kerja masuk pukul 7.00 pagi dan balik pukul 2.00 petang. Itulah sebabnya gelaran seorang guru itu di bawa tidak kira dia di dalam sekolah atau diluar sekolah. 

Rakan-rakan dari kalangan cikgu... macammana? setuju ke kerja 9 jam?

Sabtu, 12 November 2011

Pengorbanan Nyawa Seorang Guru Demi Menyelamatkan Anak Muridnya..

Semalam dalam tragedi berdarah melibatkan sebuah bas rombongan SMK Air Merah Kulim, Kedah yang terbabas dan kemudiannya dirempuh treler membawa pasir di lebuhraya utara selatan berdekatan Behrang, Slim River Perak, menyaksikan pengorbanan nyawa seorang guru semata-mata kerana cuba untuk menyelamatkan anak muridnya. Siti Hajar Binti Mohammad 33 meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital.


Sebagai guru satu perkara yang amat menjadi mimpi ngeri semasa menganjurkan rombongan adalah kemalangan samada melibatkan korban nyawa atau tidak. Saya amat maklum perkara itu kerana saya juga seorang guru. Jadi saya dapat bayangkan bagaimana perasaan guru-guru SMK Air Merah Khusus Cikgu Siti Hajar Binti Mohammad menghadapi situasi kemalangan tersebut. Tentunya yang bermain di kepala adalah akan dipersalahkan oleh pihak atasan dan lebih berat lagi ibubapa kepada murid. Maka tidak hairan tindakan guru tersebut cuba menyelamatkan murid-muridnya tanpa mengambil kira bahaya yang akan menimpa.

Kalau ada sesiapa yang membaca akhbar Harian Metro 12 November 2011 halaman 11 A ada gambar seorang ahli bomba mengeluarkan kaki salah seorang mangsa yang terputus dari timbunan pasir yang jatuh. Adakah itu kaki guru tersebut? 

Dikubur pasir

Kepada keluarga arwah diharapkan bersabar dengan musibah yang menimpa. Mudah-mudahan arwah akan dicucuri rahmat. Semoga selepas ini tidak ada lagi kemalangan melibatkan rombongan sekolah kerana ia menjadi fobia kepada para guru untuk menganjurkan rombongan.

Kredit kepada Harian Metro dan  Utusan Malaysia

Ahad, 30 Oktober 2011

Pilihanraya 13 Semakin Hampir... dah daftar ke belum..

Saje je aku buat entri ini kerana baru-baru ni aku dijemput mendengar taklimat petugas pilihanraya oleh SPR. Maknenya pilihanraya dah nak dekat la tu. So sape yang masih belum mendaftar diri sebagai pengundi, segeralah daftar sebagai pengundi...

Dengar cerita video ini tidak dibenar tayang di tv kenapa agaknya ek..?

Rabu, 26 Oktober 2011

Kata-kata Pemandu Van Yang Melanggar Yue Yue. After all It,s all about money.

Pemandu van dan lori yang bertanggungjawab melanggar Yue Yue, kanak-kanak malang berusia 2 tahun telah pun ditahan untuk siasatan lanjut oleh polis China. 

Nak tau apa reaksi dia bila ditanya kenapa terus melanggar budak tersebut dan tidak menyelamatkannya. Aku petik dari laman web syoknya download.com.

"Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu? Mula2kan die dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sbb perasan die langgar budak. Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati, die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup die kena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu akan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati."





 Jadi siapa yang bersalah disini. Maknanya bukan pemandu itu sahaja yang bersalah. Bahkan seluruh kerajaan China bersalah. Ada pulak maklumat yang mengatakan kesalahan diletak dibahu orang yang menolong sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau sebagainya.


"Sekarang aku nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China... Kalau korang jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung,

 sila jangan tolong..

 Ye, benar2 kawan2. JANGAN TOLONG! Nak tahu kenapa? Sebabnya bila kau tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab engkau. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka ko yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb ko yang tolong dia...

 Ataupun ko akan disaman oleh anak makcik tu sbb ko lah penyebab mak die jatuh...Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sbb kalau mereka tolongpun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya...

 Serius wa cakap lu. Cerita ini diceritakan oleh ofismate aku yang membacanya dalam akhbar cina minggu lepas.

 Dalam akhbar tu penulis bagitau ada seorang askar (kalau tak silap aku) menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba2.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tu..

 Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama.Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung".
 
 Jadi kesimpulannya manusia hilang perikamusiaannya hanya kerana satu benda iaitu duit. Kerana takut menanggung akibatnya dimasa akan datang masyarakat China enggan menolong antara satu sama lain sekiranya ditimpa kesusahan. So.. it,s all about money.