Selamat Jalan 2011, Selamat Datang 2012
Dah lama aku tidak menukilkan sesuatu di blogku ini. Oleh kerana kesibukan mengurus kerja-kerja di sekolah bagi menghadapi tahun 2012 dan juga melayani karenah keluarga bercuti dan sebagainya. Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga di tahun 2011 ini semakin bertambah dan selesa. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini kerana terpaksa berdikit-dikit untuk menghadapi tahun baru.
Banyak juga perubahan yang berlaku sepanjang tahun ini.Yang pastinya tahun ini lebih baik dari tahun lepas, mudah-mudahan tahun 2012 yang bakal menjelma malam nanti akan lebih baik dari tahun 2011 yang bakal pergi. Apapun aku tetap bersyukur kepada nikmat yang Allah kurniakan. Tentunya dengan bersyukur maka InsyaAllah akan ditambahkan lagi rezeki. Walaubagaimanapun masih ada juga impian yang masih belum tercapai. Usaha tetap akan aku giatkan bagi mencapainya.
Kepada semua yang selalu menjenguk ke blog ini, Saya ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012.
Ulasan
Catat Ulasan