Jumaat, 3 Ogos 2012

Olimpik Oh.. Olimpik.. Seksanya!

Disisi saya nak kongsikan gambar-gambar menarik atlit panpan anjal Olimpik London 2012. Lihat sahaja dari mukanya, tergambar seribu satu perasaan yang tak dapat digambarkan.









Ha ha ha.. tak boleh tahan betul.. Betapa seksanya nak menang Olimpik.

Kejayaan Yang Mahal Harganya

Sebelum ni di facebook, saya telah kongsikan beberapa gambar dari facebook rakan tentang gimnas cilik dari cina yang telah berlatih dengan penuh susah payah untuk mencapai kejayaan cemerlang di olimpik. kali ini saya uploadkan lagi beberapa gambar yang menunjukkan jerih perihnya mereka berlatih.









Kanak-kanak ini telah dilatih seawal umur 4 ke 5 tahun untuk mencapai tahap membanggakan sekarang di Olimpik. Lihat sendiri betapa seksanya mereka menjalani latihan. Kalau macamni bagi je la diorang menang. Kesian tengok kalau dia tak menang.

Rabu, 1 Ogos 2012

Book Review... Misteri Firaun, Musuh Para Nabi

Sebenarnya saya ni minat membaca. Apa sahaja bahan bacaan dari yang ringan hinggalah yang berat. Membaca al-Quran tentulah yang utama. Jadi dalam blog saya ni mulai saat ini dari masa ke semasa saya akan buat entry buku-buku yang pernah dan sedang saya baca. 

Jadi untuk buku yang pertama ialah Misteri Firaun, Musuh Para Nabi.



 Buku ini di karang oleh  Dr. Afareez Abd Razak Al-Hafiz. Penulis buku yang sama pernah muncul dengan Masterpiecenya Iskandar Bukan Alexander. Buku ini antara lain menimbulkan persoalan siapa Firaun yang hidup sezaman dengan Nabi Musa dan juga Nabi Yusuf, dimana lokasi air laut terbelah, sejauhmana kezaliman Firaun ini kepada rakyatnya, benarkah semua Firaun itu jahat dan zalim dan banyak lagi persoalan menarik. Penulis berjaya membawa pembaca untuk meneroka kemasyhuran Tamadun Mesir Purba. 

Lebih menarik lagi buku ini dihiasi dengan persembahan yang menarik serta gambar-gambar yang sebelum ini kita belum pernah lihat serta cerita-cerita kontroversi dikalangan firaun.


Sedikit mengenai penulis - Dr. Afareez Abd Razak Al-Hafiz dilahirkan di Batu Pahat, Johor. Mendapat pendidikan rendah di Amerika Syarikat. Pada peringkat ini beliau berjaya melangkah beberapa darjah (melompat kelas) dan memenangi anugerah penulis muda. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah di Maktab Sultan Abu Bakar (English College) Johor Bahru. Seterusnya, mendapat diploma dalam bidang tahfiz Quran (JAKIM). Kemudian, beliau melanjutkan pelajarannya ke Universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang pengajian Quran.
Sekembalinya ke tanah air, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana (M.A) dan doktor falsafah (Ph.D) dalam pendidikan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dan sedang menyiapkan dissertasinya. Beliau aktif dalam program penyelidikan dan pendidikan di universitinya dan juga di luar negara hingga ke Mesir, Yaman, Greece, Arab Saudi, Singapura, Iran dan India. Beliau mencetus idea dan membuat penyelidikan bagi sebuah dokumentari ilmiah tempatan yang bertajuk Alexander Bukan Zulkarnain yang mana penyelidikan ini mendapat pengiktirafan di Greece dan mendapat sambutan yang menggalakan di Iran.


Buku terbitan PTS Millennia Sdn. Bhd ini dijual dengan harga RM 60. Walaupun agak sedikit mahal, namun bagi peminat sejarah buku ini merupakan pilihan yang tepat.

Wordless Wednesday #