Book Review... Misteri Firaun, Musuh Para Nabi
Sebenarnya saya ni minat membaca. Apa sahaja bahan bacaan dari yang ringan hinggalah yang berat. Membaca al-Quran tentulah yang utama. Jadi dalam blog saya ni mulai saat ini dari masa ke semasa saya akan buat entry buku-buku yang pernah dan sedang saya baca.
Jadi untuk buku yang pertama ialah Misteri Firaun, Musuh Para Nabi.
Buku ini di karang oleh Dr. Afareez Abd Razak Al-Hafiz. Penulis buku yang sama pernah muncul dengan Masterpiecenya Iskandar Bukan Alexander. Buku ini antara lain menimbulkan persoalan siapa Firaun yang hidup sezaman dengan Nabi Musa dan juga Nabi Yusuf, dimana lokasi air laut terbelah, sejauhmana kezaliman Firaun ini kepada rakyatnya, benarkah semua Firaun itu jahat dan zalim dan banyak lagi persoalan menarik. Penulis berjaya membawa pembaca untuk meneroka kemasyhuran Tamadun Mesir Purba.
Sedikit mengenai penulis - Dr. Afareez Abd Razak Al-Hafiz dilahirkan di Batu Pahat, Johor. Mendapat pendidikan rendah di Amerika Syarikat. Pada peringkat ini beliau berjaya melangkah beberapa darjah (melompat kelas) dan memenangi anugerah penulis muda. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah di Maktab Sultan Abu Bakar (English College) Johor Bahru. Seterusnya, mendapat diploma dalam bidang tahfiz Quran (JAKIM). Kemudian, beliau melanjutkan pelajarannya ke Universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang pengajian Quran.
Sekembalinya ke tanah air, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana (M.A) dan doktor falsafah (Ph.D) dalam pendidikan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dan sedang menyiapkan dissertasinya. Beliau aktif dalam program penyelidikan dan pendidikan di universitinya dan juga di luar negara hingga ke Mesir, Yaman, Greece, Arab Saudi, Singapura, Iran dan India. Beliau mencetus idea dan membuat penyelidikan bagi sebuah dokumentari ilmiah tempatan yang bertajuk Alexander Bukan Zulkarnain yang mana penyelidikan ini mendapat pengiktirafan di Greece dan mendapat sambutan yang menggalakan di Iran.
Buku terbitan PTS Millennia Sdn. Bhd ini dijual dengan harga RM 60. Walaupun agak sedikit mahal, namun bagi peminat sejarah buku ini merupakan pilihan yang tepat.
Ulasan
Catat Ulasan