Ahad, 15 Januari 2012

Keselamatan yang semakin membimbangkan!....

Ntah mengapa akhir-akhir ini semakin kerap kita dengar kecurian dan rompakan berlaku dimana-mana. Dan yang terbaru rumah selebriti terkenal Wardina Saffiyah turut dipecah masuk oleh sekumpulan perompak yang bersenjatakan parang dan kayu dengan kerugian dianggarkan sebanyak RM 20 000. Mujur mereka tidak diapa-apakan. Tetapi ianya merupakan pengajaran kepada kita agar tidak leka dan sentiasa berhati-hati dan berwaspada.

Berikut temubual wartawan metro dengan selebriti Wardina Saffiyah .



Kalau mengikut respon polis dari kes Wardina, kejadian seumpama ini akan semakin kerap berlaku memandangkan musim perayaan yang semakin hampir. 

Di kawasan perumahan saya juga berlaku kecurian 2 hari lepas ketika tuanrumah keluar bekerja diwaktu siang. Jiran-jiran yang melihat hanya menyangkakan bahawa mungkin itu saudara kepada tuanrumah. Sehinggalah tuanrumah balik, barulah mereka sedar yang sebenarnya telah berlaku kecurian . Dianggarkan kerugian mencecah RM 20 000. 

Sama-samalah kita berdoa supaya kita semua sentiasa dilindungi oleh Yang Maha Berkuasa agar kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi.

Jalan-Jalan Cari Makan - Sedapnya Cendol Borhan...!

Bak kata promosi tu takde la, sebab tak berbayar dan tak berkepentingan. Tapi saja nak kongsi untuk entry blog aku nih hah.

Cuti sekolah yang lepas selepas penat membeli keperluan anak aku yang akan bersekolah aku dan keluarga singgah di sebuah gerai cendol yang namanya dipanggil sebagai Gerai  Cendol Durian Borhan. Lokasinya terletak di tepi jalan besar laluan Tanjung Karang - Kuala Selangor. 


Amboi ramainya orang tengah minum kat gerai tu. Kata orang bila ramai orang tu maknanya gerai tu makanannya sedap. Tapi cendolnya memang meletop. Cendolnya pun ada beberapa perisa, ada cendol biasa, cendol jagung + durian, cendol pulut + keladi dan cendol special (semua bahan-bahan tadi dimasukkan siap tambah aiskrim lagi). Pergh... terangkat.


Disamping tu disediakan juga laksa dan mee kari yang special. Istimewanya cendol disini ialah kerana cendolnya dibuat sendiri oleh tuan punya kedai. Resepi turun temurun katanya. So kami pun tak lepas peluang la. Order Me Kari, Laksa, dan cendol 3. Menang berbaloi. 

Tengok la betapa berseleranya anak aku yang tak berapa nak makan ni makan cendol.

Yang ni plak pedas pun dia makan jugak.

Ha.. begitu la ceritanya jalan-jalan cari makan kami selepas penat shoping barang sekolah anak aku. Korang semua try la.