Keselamatan yang semakin membimbangkan!....

Ntah mengapa akhir-akhir ini semakin kerap kita dengar kecurian dan rompakan berlaku dimana-mana. Dan yang terbaru rumah selebriti terkenal Wardina Saffiyah turut dipecah masuk oleh sekumpulan perompak yang bersenjatakan parang dan kayu dengan kerugian dianggarkan sebanyak RM 20 000. Mujur mereka tidak diapa-apakan. Tetapi ianya merupakan pengajaran kepada kita agar tidak leka dan sentiasa berhati-hati dan berwaspada.

Berikut temubual wartawan metro dengan selebriti Wardina Saffiyah .



Kalau mengikut respon polis dari kes Wardina, kejadian seumpama ini akan semakin kerap berlaku memandangkan musim perayaan yang semakin hampir. 

Di kawasan perumahan saya juga berlaku kecurian 2 hari lepas ketika tuanrumah keluar bekerja diwaktu siang. Jiran-jiran yang melihat hanya menyangkakan bahawa mungkin itu saudara kepada tuanrumah. Sehinggalah tuanrumah balik, barulah mereka sedar yang sebenarnya telah berlaku kecurian . Dianggarkan kerugian mencecah RM 20 000. 

Sama-samalah kita berdoa supaya kita semua sentiasa dilindungi oleh Yang Maha Berkuasa agar kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi.

Ulasan

Catatan Popular