Jalan-Jalan Cari Makan - Sedapnya Cendol Borhan...!
Bak kata promosi tu takde la, sebab tak berbayar dan tak berkepentingan. Tapi saja nak kongsi untuk entry blog aku nih hah.
Cuti sekolah yang lepas selepas penat membeli keperluan anak aku yang akan bersekolah aku dan keluarga singgah di sebuah gerai cendol yang namanya dipanggil sebagai Gerai Cendol Durian Borhan. Lokasinya terletak di tepi jalan besar laluan Tanjung Karang - Kuala Selangor.
Amboi ramainya orang tengah minum kat gerai tu. Kata orang bila ramai orang tu maknanya gerai tu makanannya sedap. Tapi cendolnya memang meletop. Cendolnya pun ada beberapa perisa, ada cendol biasa, cendol jagung + durian, cendol pulut + keladi dan cendol special (semua bahan-bahan tadi dimasukkan siap tambah aiskrim lagi). Pergh... terangkat.
Disamping tu disediakan juga laksa dan mee kari yang special. Istimewanya cendol disini ialah kerana cendolnya dibuat sendiri oleh tuan punya kedai. Resepi turun temurun katanya. So kami pun tak lepas peluang la. Order Me Kari, Laksa, dan cendol 3. Menang berbaloi.
Tengok la betapa berseleranya anak aku yang tak berapa nak makan ni makan cendol.
Yang ni plak pedas pun dia makan jugak.
Ha.. begitu la ceritanya jalan-jalan cari makan kami selepas penat shoping barang sekolah anak aku. Korang semua try la.
Ulasan
Catat Ulasan