Khamis, 17 November 2011

Tahniah Harimau Malaya. Ngauman Mu Melentokkan Sang Garuda.

bolasepak sukan sea

Tahniah Skuad Harimau Muda! Malaysia kini menjuarai kumpulan B apabila berjaya menewaskan Indonesia dengan 1 - 0 di Stadium Gelora Bung Karno di hadapan ribuan penyokong Indonesia. Kemenangan ini sudah pastinya terlalu manis buat Malaysia kerana disamping terpaksa menyerap provokasi penyokong tuan rumah Skuad Harimau Muda juga terpaksa berhati-hati terhadap karenah pengadil yang seakan-akan 'berat sebelah' kepada pasukan tuan rumah. 

Tambah tertekan lagi apabila Jurulatih Ong Kim Swee di perintah supaya keluar meninggalkan kerusi pasukan Malaysia hanya kerana cuba mempertahankan anak buahnya. Namun Sebaliknya ia tidak mematahkan semangat Skuad Harimau Muda dari bertahan sehingga ke wisel penamat. Semangat dan kesungguhan pemain negara sememangnya patut dipuji. 

Minggu Result UPSR dan PSRA 2011

Minggu ini berakhirlah usaha selama setahun ( sebenarnya 6 tahun ) murid-murid tahun 6 kerana minggu ini diumumkan keputusan 2 peperiksaan penting iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk Sekolah Kebangsaan dan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) untuk Sekolah Rendah Agama JAIS. 

Alhamdulillah bagi peperiksaan PSRA sekolahku telah mendapat seramai 14 orang Mumtaz (Cemerlang) dan saya doakan semoga ramai lagi anak-anak murid saya yang mendapat 5 A di dalam UPSR yang diumumkan hari ini. 

Kepada yang kurang berjaya jangan terus putus asa. Ini hanyalah permulaan kerana masih banyak lagi peperiksaan yang akan ditempuh dimasa akan datang. So keep it up to your success.

Ahad, 13 November 2011

Masa Bekerja Guru 9 Jam Sehari?

Sebelum apa-apa baik korang baca dulu Utusan Melayu ni.

Dah baca...? Maknanya akan datang guru-guru akan mula bekerja 9 jam sehari. Walaupun sebagai permulaan hanya dilaksanakan di Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak, tetapi sebenarnya usaha untuk menjadikan masa bekerja guru selama 6 jam sudah semakin hampir.

Tapi bagi saya yang sememangnya seorang guru ni, pada saya seorang guru kerjanya berjalan selama 24 jam walaupun waktu rasminya hanya 6 jam sehari di sekolah. Tak Percaya? Cuba kita tengok profesyen  seorang doktor. 
Hebatnya seorang doktor menjalankan tugas di hospital ia tidak akan membawa kerjanya ke rumah. Tak tau la kalau ada doktor yang membawa peralatan doktor ke rumah kemudian publish siapa yang nak buat rawatan di luar waktu pejabat sila la datang ke rumah. Rasanya takde. Kalau ada kecemasan baru la seorang doktor memberikan pertolongan cemas tetapi tetap juga perlu merujuk ke hospital.
Kita tengok pulak Mekanik. Mekanik yang hebat juga tidak akan membawa pemutar skru, spanar, dan lain-lain ke rumah untuk bukak workshop lain kat rumah. Kecuali kalau kenderaan sendiri rosak kena la betulkan dulu. Itupun kena jugak bawak ke bengkel.
Kontraktor pula biasanya kerjanya habis di pejabat ataupun di site. Jarang di bawa ke rumah kecuali pejabat nya memang kat rumah.Kontraktor bekerja dengan plan dan sebagainya perlu pada kawasan yang besar untuk membaca plan dan sebagainya tanpa gangguan.
Kita tengok pulak peguam.Memang ada juga peguam yang membawa kerjanya ke rumah. Tapi bukan selalu, cuma pada kes-kes yang berat macam kes Sosilawati ke, Anwar ke baru la tak senang duduk kat rumah. kalau setakat kes biasa pandai le peguam goreng kat mahkamah.
Kerani pejabat. Kerja yang paling mudah. Pergi kerja, buat kerja, rehat, buat kerja, habis waktu kerja, balik. Di rumah tak sentuh langsung pun hal pejabat. Kalau ada pun kerja berat seperti kewangan dan sebagainya biasanya di buat di pejabat, overtime. 
Sekarang kita tengok guru pulak. Seorang guru setiap hari perlu menyediakan diri untuk mengajar murid keesokan harinya iaitu persediaan mengajar / ringkasan mengajar dan  bahan bantu mengajar. Itu belum lagi kena study tajuk yang nak di ajar esok. Kalau ada 5 masa/subjek  maka kena la siapkan dengan kelima-limanya. Takkan cikgu nak jawab tak tau je kalau murid tanya, tambahan lagi cikgu matematik. Jadi semua tu nak buat di mana. Takkan di sekolah, tentulah di rumah.

Setiap hari juga seorang guru pastinya perlu menyemak buku latihan murid. Jadi bayangkan seorang guru mengajar 5 kelas yang mana 1 kelas ada 40 orang murid. Kalau kelima-lima kelas cikgu tu buat latihan. Tak ke 200 buku dia nak kena semak sehari. Kalu hari-hari camni tak tido malam la cikgu. Habis semua tu buat di mana. Biasanya di rumah la sebab di sekolah banyak lagi kerja lain nak buat.

Itu tidak termasuk kalau peperiksaan. Bayangkan 1 kelas 40, kalau ada 10 kelas tak ke 400 kertas nak kena semak sedangkan tempoh biasanya mesti siap dalam 2 minggu. Dan semua tu buat di mana. Di rumah juga. 

Itu belum lagi murid-murid yang nak mintak tuisyen dengan cikgu. Walaupun biasanya berbayar, kalau di bandar-bandar boleh la masyuk. Kalau di kampung dan pedalaman, takkan sampai hati seorang guru nak charge mahal-mahal untuk kelasnya. 

Itu juga tidak termasuk pelbagai kerja yang sedai menanti di sekolah. Nanti la sambung lagi dalam entry yang lain.

Itulah sebabnya kerja sebagai cikgu ni sebenarnya 24 jam. Sebagai guru saya tidaklah seperti mengungkit betapa susah dan payahnya kerja sebagai seorang guru. Tetapi orang yang tidak menjadi guru tidak akan faham dengan kerjaya sebagai seorang guru yang mereka nampak kerja masuk pukul 7.00 pagi dan balik pukul 2.00 petang. Itulah sebabnya gelaran seorang guru itu di bawa tidak kira dia di dalam sekolah atau diluar sekolah. 

Rakan-rakan dari kalangan cikgu... macammana? setuju ke kerja 9 jam?