لو كان بيننا رسولنا محمد صلى الله عليه وسلم

Baru-baru ni saya berkesempatan menonton di TV ALHIJRAH satu rancangan yang lain dari yang lain. Lebih kurang rancangan realiti tv, macam bang bang boom pun ada. Tetapi lebih berunsur dakwah. Tajuknya sahaja sudah membuat hati-hati merasa syahdu. "لو كان بيننا محمد صلى الله  عليه وسلم ". Maksudnya " Andainya Nabi Muhammad SAW bersama kita".Sila lihat video di bawah:(al-hamdulillah dapat yang ada subtitle)
Tersentuh betul rasa hati apabila melihat realiti walau dalam masyarakat arab sendiri apabila diwawancara tiada seorang pun yang menyebut nama Rasulullah SAW. Begitulah umat Muhammad hari ini yang mengakui baginda sebagai Rasul tapi tiada rasa sayang pada baginda. Walaubagaimanapun bukanlah semua. Lihat video di bawah ini:

Saya juga turut hendak menangis melihatkan video ini. Kita sebagai ummat Muhammad menjadi impian kita untuk berjumpa baginda samada dalam mimpi mahupun jaga. Tapi satu persoalan yang perlu kita tanya pada diri kita sendiri. Apa yang akan kita ucapkan kepada Rasulullah SAW sekiranya baginda datang berjumpa kita?...... Aku termenung memikirkannya... Anda bagaimana?

Ulasan

  1. Alhamdulillah.. perkongsian yg amat-amat menarik..
    http://www.harunyahya.com/malaysian/index.php

    BalasPadam
  2. Terima kasih. Perkara yang baik sepatutnya disebarkan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular