SBPA Batal, SSM Kembali.


Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam ataupun SBPA telah dimansuhkan oleh YAB Perdana Menteri dalam ucapannya pada satu majlis semalam. Manakala Sistem Saraan Malaysia SSM yang dimansuhkan sebelum ini digunapakai semula dengan beberapa penambahbaikan. Beliau juga menegaskan akan menubuhkan suruhanjaya khas untuk mengkaji sistem saraan perkhidmatan awam secara lebih menyeluruh.

"Ia selaras dengan komitmen kerajaan sebagaimana yang diumumkan di dalam Belanjawan 2012". Katanya dalam satu majlis Perjumpaan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Putrajaya PICC di sini semalam.

Antara penambahbaikan yang diumumkan semalam ialah:

- Kenaikan 13 peratus gaji bagi kakitangan gred 1 - 54.
- Kenaikan 9 peratus untuk JUSA (Jawatan Utama Sektor Awam).
- Kenaikan 8 peratus untuk turus 2 dan 3.
- Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan KSU (Ketua Setiausaha)

Beliau juga mengumumkan kenaikan kola bagi kawasan gred B sebanyak RM250 dan kawasan gred C sebanyak 150.



 Sementara itu Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman dalam kenyataannya menarik nafas lega dengan keputusan itu. " Kita sambut baik apa yang diumukan oleh YAB Perdana Menteri. Kita juga berharap kenaikan ini tidak diikuti kenaikan harga barang yang boleh membebankan pengguna. 

Secara peribadi saya sebagai penjawat awam juga turut bersyukur dengan pengumuman ini. Mudah-mudahan ianya menjadi pencetus semangat untuk saya lebih giat lagi berbakti kepada anak didik dan kerjaya saya sebagai seorang guru.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular