Sungai Semungkis Hulu Langat Banjir! Kursus Aku Ditangguh.

Kursus Jati Diri yang sepatutnya dihadiri oleh saya bermula semalam 12 Mac 2012 hingga 14 Mac 2012 di Impiana Resort terpaksa ditangguhkan kerana banjir kilat yang melanda sejak seminggu yang lalu. Dikhabarkan tempat kursus tersebut mengalami kerosakan teruk akibat banjir kilat terburuk sejak 1971. 
Kampung Batu 14 Semungkis 3 hari yang lepas

Kursus Jati Diri anjuran Pusat Kegiatan Guru Daerah Kuala Selangor ini merupakan kursus yang telah dirancang sejak tahun lepas berikutan dengan keberkesanan dan kejayaan penganjuran kursus tersebut di tempat yang sama tahun lepas.Oleh kerana banjir yang melanda maka kursus tersebut akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. 


Saya memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt wbt kerana dijauhkan kami ini dari malapetaka yang dahsyat itu. Tidak dapat saya bayangkan sekiranya banjir tersebut melanda ketika saya sedang berkursus. Ya Allah, Selamatkanlah kami.  

Menurut pengalaman mereka yang mengalami banjir tersebut mengatakan bahawa banjir ini merupakan yang terburuk mereka pernah alami. Air naik dengan begitu pantas sehingga tidak sempat membawa dan menyelamatkan barangan berharga. Apa yang mereka bawa hanyalah sehelai sepinggang kerana hanya sempat menyelamatkan nyawa mereka sahaja. 

Saat genting. Operasi menyelamat mangsa banjir pada malam rabu minggu lepas

Kenderaan yang terkandas akibat banjir kilat


Walaupun Banjir telah surut ada lagi bencana yang menimpa penduduk bukan sahaja di sekitar Hulu Langat, bahkan tempiasnya mungkin dapat dirasa oleh hingga ke Kuala Lumpur. Sungai Gunung Nuang di Hulu Langat hingga ke Laut Selat Melaka di Kuala Langat mungkin akan menerima air yang tercemar dan berlumpur berikutan dari banjir kilat tersebut. Bahkan sungai tersebut akan menjadi tempat longgokan sampah yang datang dari hutan dan kawasan perumahan yang dilanda banjir termasuk tangki kumbahan.

Air Sungai Langat yang dikatakan keruh


Menurut SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) loji mereka menerima nilai kekeruhan yang melebihi kekeruhan biasa. Keadaan ini memaksa loji untuk perawatan air tersebut terpaksa ditutup. Pengarah Eksekutif Bahagian Korporat SYABAS, Encik Halim Mat Som berkata lojinya kini menghadapi pengeluaran air yang diluar kemampuan loji tersebut. Dalam keadaan yang biasa pun ianya mempunyai kemampuan yang terbatas apatah lagi untuk menghadapi air yang telah tercemar akibat banjir. 


Pemcemaran Sungai Langat bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh kerana sungai-sungai tersebut merupakan sumber bekalan air bersih utama kepada lebih sejuta penduduk bukan sahaj di Hulu Langat malahan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Petaling. Sekiranya keadaan ini berlarutan tentunya akan menyebabkan impak yang buruk terhadap kawasan-kawasan tersebut.



Ulasan

Catatan Popular