Malaikat Turun Kepada Pembaca Al-Baqarah Dan Ali Imran

Dari Usaid Bin Hudair RA bercerita kepada nabi." Pada satu malam aku berada di pondokku sambil membaca Surah Al-Baqarah bersama anak yang sedang tidur dan kuda yang aku ikat ditiang. Sedang aku membaca al-Quran tiba-tiba kudaku menghentak-hentakkan kakinya seolah-olah gelisah dan ketakutan. Aku memberhentikan bacaanku dan meninjau kudaku, kudaku itu terus diam. Aku menyambung bacaanku. Lama kelamaan kudaku menghentakkan kaki semula. Semakin kuat aku membaca semakin kuat hentakkan kakinya.

Oleh kerana takut hentakkan kudaku itu terkena kepada anakku maka aku pun berhenti membaca dan bangun mendapatkan kudaku. Tiba-tiba dari jendela ku terlihat seperti bayangan di tanah seolah-olah ada sesuatu di langit. Maka aku keluar untuk melihatnya. Bila aku memandang ke atas aku terlihat bayangan hitam seperti awan, yang besar di atas bumbung pondokku. Didalam bayangan itu terlihat seperti ada kerdipan cahaya seperti pelita ataupun bintang yang banyak. "


Gambar sekadar hiasan

Maka RasululLah bertanya, "Tahukah kamu apakah itu?" "Tidak ya RasululLah". RasululLah menjawab, itulah malaikat yang turun kedunia kerana tertarik dengan bacaaanmu. Jika kau teruskan membacanya hingga selesai (surah al-Baqarah), nescaya malaikut itu akan tunggu disitu sehingga sesiapapun boleh melihatnya (malaikat itu). Hadith Riwayat Bukhari.

Ulasan

Catatan Popular