Kuala Selangor Diserang Jerebu
Kuala Selangor telah mula diserang jerebu sejak seminggu yang lalu. Walaubagaimanapun sejak semalam keadaan jerebu terutama di Kuala Selangor Bertambah teruk. Tempat-tempat lain seperti di Johor dan Melaka dilaporkan lebih teruk lagi. Manakala negara jiran Singapura pula telah melebihi bacaan 400. Menurut ANTARAPOS.COM bacaan di Selangor adalah seperti berikut:
Banting - 90
Kuala Selangor - 67
Petaling Jaya - 67
Pelabuhan Klang - 70
Shah Alam 69
Walaupun bacaan di Kuala Selangor masih ditahap sederhana (50-100) Tapi jarak penglihatan adalah sekitar 3 km sahaja.
Jabatan Alam Sekitar menasihati orang ramai agar mengehadkan aktiviti luar dan melarang keras pembakaran secara terbuka.
Bagi saya pula keadaan jerebu ini memburukkan lagi batuk saya sejak 2 minggu yang lepas. Keluar rumah je dah bau asap. Amat tidak menyelesakan. Teringat juga kejadian jerebu yang pernah melanda Kuala Selangor pada 2005 sehingga menyebabkkan kerajaan mengishtiharkan darurat untuk daerah Kuala Selangor kerana bacaan pada ketika itu mencapai tahap bahaya maksimum iaitu paras 500. Pada ketika itu ramai dimasukkan ke hospital kerana mengalami sesak nafas dan ada juga yang meninggal dunia kerana menjalani aktiviti terbuka walaupun kerajaan ishtiharkan darurat, Jarak penglihatan pada ketika itu pula kurang dari 100 meter. Nampak putih disana-sini.
Mudah-mudahan keadaan itu tidak berulang kembali di Kuala Selangor.
btul tu jerebu ni pun akn mendatangkn bhya
BalasPadam