Kem Smart Solat, Masjid Sultan Ibrahim Kuala Selangor

Cuti sekolah telah pun tiba. Ibubapa yang mempunyai anak tentunya tercari-cari agenda untuk memenuhi.masa lapang mereka. Aku juga terkecuali apabila melihatkan anak yang semakin leka dengan gadget dan laptop.

Kebetulan di Masjid Sultan Ibrahim Kuala Selangor dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor akan menganjurkan Program Smart Solat untuk anak-anak berumur 10 hingga 13 tahun. Jadi aku juga tak mahu melepaskan peluang ini untuk mendaftarkan anakku keprogram tersebut.

Program tersebut diadakan pada 23-24 november 2013 bemula jam 9.00 pagi sabtu hingga 2.00 petang keesokkannya. Mudah-mudahan program ini merupakan permulaan kepada anakku untuk mengikuti.program yang lebih mencabar lagi dimasa akan datang.

Ulasan

Catatan Popular