Selamat Hari Lahir Anakku
10 Oktober yang lepas maka genaplah anak sulungku berumur 7 tahun. Seminggu sebelum tarikh dia dah sibuk bertanya bila nak sambut hari lahir dia. Ditengah-tengah kesibukan sempat jugak aku dan isteri membuat majlis hari jadi untuk dia. Buat ala kadar je. 2 hari lewat dari tarikh sebenar iaitu 12 Oktober 2011. Sempat la jugak aku booking 3 meja dalm satu restoran yang baru buka di Kuala Selangor ni. Sedap jugak menunya. Nama Restorannya Restoran Ayam Gemas. Sesuai la untuk pasangan suami isteri dan keluarga nak menikmati makan malam yang speacial sikit.(Yang belum berkahwin eloklah nikah dulu baru boleh pergi dating berdua).
Lokasi : Berdekatan dengan 1 Plaza Kuala Selangor
Menu malam ni Nasi Ayam dan Chiken Chop
Inilah "Birthday Boy". Dah tak sabar nak makan dah.
Aku takde la buat besar-besar. Cukup panggil sebahagian keluarga terdekat je. Menu-menu makanannya pun boleh tahan sedap jugak. Restoran Nasi Ayam Gemas ini juga dilengkapi dengan kemudahan Wi Fi. Jadi sambil makan boleh surf internet secara percuma disitu.
Ini lah kek untuk birthday boy
Bersama ipar, biras dan mertua
Ulasan
Catat Ulasan