Yue Yue, Kanak-Kanak Mangsa Langgar Lari. MEMANG KEJAM! SIAPA YANG PATUT DIPERSALAHKAN?




Mungkin aku ni dah terlambat untuk membuat entri ini. Tetapi atas sifat kemanusiaan aku tetap nak buat entri ini. Apabila melihat video seorang kanak-kanak perempuan yang dilanggar 2 kali di Fushan China, rasa macam anak aku yang kena langgar.

Fushan, Guangdong China. Seorang kanak-kanak berumur lingkungan 2 tahun telah dilanggar sebanyak 2 kali oleh sebuah van dan lori. Lebih malang lagi kanak-kanak tersebut yang bernama yue yue terbaring berlumuran darah tanpa diendahkan oleh orang-orang yang lalu lalang disekelilingnya. Ramai yang mengatakan bahawa bilangan orang yang dapat dilihat melalui dan menyaksikan kanak-kanak tersebut terbaring di tengah jalan adalah sebanyak 18 orang. Walaubagaimanapun kanak-kanak tersebut telah diselamatkan oleh seorang wanita tua yang sedang mengutip sampah dengan mengangkat kanak-kanak tersebut di tepi dan meminta tolong sehinggalah budak tersebut diambil oleh ibunya sendiri yang mempunyai kedai berhampiran tempat kejadian.

Apabila ianya disebarkan di youtube, ianya bukan sahaja menjadi kemarahan kepada masyarakat China tetapi ianya telah menjadi kemarahan masyarakat dunia dan diperdebatkan mengapa kejadian seumpama ini boleh berlaku. Adakah kerana nilai kemanusiaan telah tiada lagi atau disebabkan perkara lain yang tidak kita ketahui. 
Terbaru difahamkan kanak-kanak malang tersebut telah pun meninggal dunia. Menurut kata doktor, Yue Yue mengalami kecederaan dalaman yang serius dibahagian organ penting didalam badan seperti buah pinggang, perut, serta otaknya tidak lagi berfungsi sekalipun Yue Yue masih koma. 

“Selamat tinggal Yue Yue, tiada lagi kenderaan di syurga.

“Yue Yue, selamat tinggal, dan jangan lagi dilahirkan sebagai rakyat China pada masa depan,”

demikian antara tulisan yang diluahkan oleh bloger di China mengenai kematiannya.


Difahamkan ibubapa Yue Yue juga sering membiarkan anak mereka berkeliaran tanpa jagaan adakalanya sehingga 1 jam sebelum mencarinya. Oleh yang demikian ramai berpendapat ibubapa Yue Yue juga harus dipersalahkan. 

Manakala wanita tua pengutip sampah yang dikenali sebagai Chen Xianmei telah diangkat sebagai wira kerana usaha beliau cuba menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Wanita tersebut telah menerima sumbangan dari pelbagai pihak yang berterima kasih atas usaha beliau cuba menyelamatkan kanak-kanak malang itu. Namun wang tersebut telah didermakan semula kepada kanak-kanak malang tersebut untuk tujuan membantu perubatan beliau.

“Saya sendiri tidak tahu berapa jumlah wang tunai ini. Saya hanya memikirkan kanak-kanak itu, jadi saya pun belum lagi kira wang yang diberikan kepada saya sejak beberapa hari lalu. Saya membawa semuanya untuk kanak-kanak itu.” katanya.

Setakat ini, sumbangan untuk Chen datang dari kilang pertukangan kayu, dengan sebuah syarikat produk rumah di Dongguan memberikannya wang tunai RMB100,000 (RM49,047) sekaligus dengan RMB20,000 (RM9,809) dari majlis perbandaran Foshan. Terkini, Xianmei telah melarikan diri dari bandar Foshan apabila diganggu ratusan media yang berebut-rebut mahu menemuramahnya.




Ulasan

Catatan Popular