Jalan-Jalan Cari Makan: Nasi Ayam Penyet Best
Musim cuti sekolah kali ni tak dapat nak pergi bercuti jauh-jauh kerana masing-masing dibelenggu masalah demam dan tak sihat. Walaubagaimanapun sempat juga kami sekeluarga berkunjung di Restoran Nasi Ayam Penyet Best.
Restoran Nasi Ayam Penyet Best ini bertempat di Kompleks PKNS Shah Alam. Dari Luar lagi dah nampak dah Signbord Restoran ni.
Menu yang ditawarkan disini tidak semata-mata Nasi Ayam Penyet semata-mata, ada juga menu lain seperti Nasi Goreng Ayam Penyet dan pemanis mulut seperti aiskrim, puding dan sebagainya. Dengan kata lain kalau anda mahukan makanan yang ringkas tapi menyelerakan dan gemar kepada sesuatu yang baru, Nasi Ayam Penyet adalah pilihan yang terbaik. Yang penting mesti tahan pedas sebab pedasnya memang terangkat.
as-salam.
BalasPadamboleh terjah ni.sy peminat nasi ayam penyet.hihi
*tima kasih kak doakan utk saya
salam kenal
W, salam... Sila terjah jangan x terjah
BalasPadam