Review Buku: Berubah Untuk Malaysia Baru

Dah lama tidak mengulas buku kerana kesibukan kerja-kerja harian dan juga pilihanraya yang lepas. Hari ni terpanggil pula untuk buat review buku. Jadi buku yang saya nak review hari ini adalah sebuah buku bertajuk "Berubah Untuk Malaysia baru".

Mungkin pada pendapat anda semua saya telah terlewat untuk mengetengahkan buku ini memandangkan demam pilihanraya baru sahaja berakhir. Namun bagi saya perkara tentang percambahan idea untuk memajukan Malaysia tidak harus terhenti pada masa pilihanraya sahaja. Bahkan ianya perlu sentiasa difikirkan dari masa kesemasa. Tambahan pula saya tidak mahu dikatakan cuba memberi kredit kepada mana-mana parti politik sempena musim pilihanraya sedangkan buku ini dilihat sebagai satu pandangan penulis yang bebas dan berkecuali.

"Berubah Untuk Malaysia Baru" merupakan buku hasil tulisan Rizuan Rahman diterbitkan oleh Media Bestari. Buku ini mengupaskan tentang kelebihan dan kelemahan Malaysia dalam menuju  Malaysia yang maju pada tahun 2020. Isu pergolakan politik, isu remaja, isu ekonomi bumiputera hinggalah kepada infrastruktur dan kemudahan awam, semuanya ditimbulkan sebagai halangan bagi Malaysia menuju negara maju yang diilhamkan. 

Buku ini sesuai khususnya untuk golongan muda yang masih tercari arah dan tidak memahami kearah manakah Malaysia ini perlu dibawa. Tentunya memerlukan minda yang terbuka untuk menerima cadangan dan pembaharuan demi kemaslahatan negara.





Ulasan

Catatan Popular